00:00China menyatakan kesediaannya untuk memperkukuh pertukaran dan kerjasama dengan Amerika Syarikat dalam pelbagai bidang, termasuk memperluas kerjasama yang lebih praktikal
00:09antara kedua-dua negara.
00:11Perdana Menteri China Li Qiang menyampaikan pendirian itu ketika bertemu Senator Amerika Syarikat Steve Daines pada Kamis 7 Mei menurut
00:19laporan media rasmi China.
00:23Li Qiang menegaskan Beijing berhasrat mengekalkan hubungan stabil dan membina sambil menggalakkan kerjasama yang membawa manfaat bersama antara dua ekonomi
00:33terbesar dunia itu.
00:51Steve Daines yang mengetuai delegasi Dwi Partisan Senator Amerika Syarikat sebelum ini turut menyeru agar hubungan antara Washington dan Beijing
00:59kekal stabil serta berlandaskan kerjasama aman.
01:03Pertemuan tersebut berlangsung ketika kedua-dua negara berdepan hubungan yang kompleks melibatkan isu perdagangan, teknologi, keselamatan serantau dan geopolitik global.
01:12Lawatan delegasi senator itu juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperbaiki dialog diplomatik menjelang pertemuan peringkat tertinggi antara kedua-dua
01:22negara.
01:23Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadualkan melawat Beijing untuk bertemu Presiden China Xi Jinping pada 14 dan 15 Mei ini
01:30sekaligus mencetuskan jangkaan terhadap hala tuju baru hubungan China-Amerika Syarikat.
Comments