00:00Baik, sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dua pertemuan dua hala bersama pemimpin ASEAN
00:07iaitu Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Perdana Menteri Laos Sonaseci Pandun.
00:12Pertemuan dua hala itu diadakan pada hari pertama ketibaan Perdana Menteri di Sibu
00:16di selera program dan mesyuarat berkaitan sidang kemuncak ASEAN yang berlangsung pada 7 dan 8 Mei ini.
00:23Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Anwar membincangkan usaha memperkukuh
00:28kerjasama ekonomi dan keterhubungan antara kedua-dua negara.
00:31Antara tumpuan utama termasuk pelaksanaan zon ekonomi khas Johor, Singapura
00:36serta memastikan projek Rapid Transit System RTS-Link beroperasi mengikut jadual.
00:41Kedua-dua pemimpin turut menyentuh kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui
00:45grid kuasa ASEAN serta teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon.
00:50Mereka juga bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa
00:53termasuk konflik Asia Barat dan keselamatan rantaian bekalan global.
00:58Anwar seterusnya mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Laos
01:02Sonase Sipandun.
01:03Perbincangan tertumpu kepada usaha memperluas kerjasama dalam perdagangan
01:07dan pelaburan tenaga boleh diperbaharui.
01:09Pendidikan tinggi, pertahanan dan telekomunikasi.
Comments