Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Kama Azri Kamil berkata kedua-dua bot itu ditahan hasil risikan dan pemantauan berterusan pihaknya selepas mengesan pergerakan mencurigakan di laluan strategik perairan negara.
Transcript
00:00Agensi Pekuatkuasaan Maritim Malaysia merampas minyak bernilai 19.55 juta ringgit dipercayai cuba diseludup selepas menahan dua bot tunda di
00:10Tanjung Bulat, Kota Tinggi, Isnin lalu.
00:12Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kedua-dua bot itu ditahan hasil risikan dan pemantauan
00:20berterusan pihaknya selepas mengesan pergerakan mencurigakan di laluan strategik perairan negara.
00:27Beliau maklumkan bot tunda pertama ditahan jam 10.50 malam pada kedudukan 1.5 Batu Nautika Tenggara Tanjung Bulat, manakala
00:36sebuah lagi ditahan 40 minit kemudian di 3.0 Batu Nautika Tenggara kawasan sama.
00:44Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tunda itu berdaftar di Tanzania dan dikendalikan 10 kru warga Indonesia berusia antara 26 hingga
00:5454 tahun.
00:55Siasatan Awal mendapati mereka gagal melaporkan ketibaan ketika masuki perairan negara sekaligus melanggar kaedah 10 Peraturan-Peraturan Pelabuhan 1954.
01:06Pemeriksaan lanjut menemukan muatan minyak tanpa dokumen sah selain terdapat pengubahsuaian mencurigakan pada tangki bot iaitu penggunaan tangki air kapal
01:17yang diubahsuaikan sebagai tangki simpanan minyak dipercayai digunakan bagi tujuan aktiviti penyudupan.
01:24Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 manakala semua kru ditahan mengikut Seksyen 51-5-B Akta Immigration 1959-1963 bagi
01:39membantu siasatan lanjut.
01:42Terima kasih telah menonton!
01:43Terima kasih telah menonton!
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended