Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah tegas itu perlu susulan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi yang melibatkan jumlah besar serta memberi kesan kepada usaha kerajaan membanteras ketirisan subsidi.
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN mencadangkan supaya kes penyelewengan diesel bersubsidi yang melibatkan penyalahgunaan flitkart tidak lagi diselesaikan melalui kompaun, sebaliknya
00:10dibawa ke mahkamah untuk tindakan pendawaan.
00:13Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah tegas itu perlu susulan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi yang melibatkan
00:21jumlah besar serta memberi kesan kepada usaha kerajaan untuk membanteras ketirisan subsidi.
00:29Menurutnya, beliau telah menyampaikan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kursar Hidup, Datuk Armizan Muhammad Ali, supaya apabila kes seperti
00:37ini diambil alih, kertas siasatan dibuka dan tidak berakhir dengan kompaun, sebaliknya diteruskan sehingga ke peringkat pendawaan.
00:45Saifuddin berkata, pemilik flitkart yang terbukti menyalahgunakan kemudahan itu wajar dikenakan tindakan lebih tegas termasuk pembatalan hak penggunaan kad berkenaan.
00:54Pemilik flitkart itu patut dibatalkan terus daripada menggunakan kemudahan tersebut kerana ia melibatkan beratus ribu liter, bukan 10 atau 20
01:03liter.
01:03Menurutnya, polis minggu lepas turut berjaya menggagalkan sedikit penyalahgunaan kad berkenaan di kedah apabila pemilik flitkart yang layak membeli diesel
01:13subsidi pada harga RM2.15 seliter menyerahkan kad tersebut kepada sendikit sebelum diesel berkenaan dijual semula kepada sektor industri pada
01:23harga tanpa subsidi.
01:25Mengulas keputusan kerajaan menempatkan anggota polis di stasiun minyak berisiko tinggi terutama di sempadan negara, beliau berkata langkah pengakuasaan itu
01:34akan diteruskan sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended