Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Bekas Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dan Li Shangfu masing-masing dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan selama dua tahun atas tuduhan rasuah.
Transcript
00:00Bertemu kembali, bekas Menteri Pertahanan Cina Wei Fenghe dan Li Shangfu
00:04masing-masing dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan selama dua tahun
00:08atas tuduhan rasuah, lapor Agensi Berita Negara Xinhua pada Khamis.
00:13Ia sekaligus menonjolkan betapa seriusnya tindakan pembersihan
00:17dalam Angkatan Tentera Negara itu.
00:21Angkatan Tentera antara sasaran utama dalam kempen besar-besaran
00:25membantras rasuah yang diarahkan Presiden Xi Jinping
00:28selepas beliau mengambil alih kuasa pada 2012.
00:32Tindakan pembersihan itu turut melibatkan roket force
00:34yang mengendalikan senjata nuklear
00:37serta peluru berpandu konvensional pada tahun 2023.
00:41Awal tahun ini tindakan itu lebih meluas
00:43sehingga membawa kepada penyingkiran general tertinggi
00:46dalam People's Liberation Army iaitu Zhang Yuzia
00:49yang dilihat sekutu rapat Jinping.
00:52Laporan terdahulu oleh Xinhua menyatakan bahawa
00:55Shang Fu disyaki menerima jumlah wang yang besar
00:58sebagai rasuah selain memberi rasuah kepada pihak lain.
01:02Siasatan juga mendapati beliau gagal melaksanakan tanggungjawab politik
01:05dan mencari keuntungan dari segi jawatan
01:08untuk dirinya sendiri dan orang lain.
01:11Siasatan dilancarkan terhadap Feng He pada 2023 pula
01:14mendapati beliau menerima sejumlah besar wang dan barang berharga
01:18sebagai rasuah serta membantu orang lain memperoleh manfaat tidak wajar
01:22dalam urusan pelantikan kaki tangan.
01:24selamat menikmati!
01:25Terima kasih kerana menonton
Comments

Recommended