Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata BIMP-EAGA merupakan satu wahana strategik dan Visi BIMP-EAGA 2035, mesti dipacu dengan semangat kebersamaan, tatakelola yang mampan serta iltizam untuk memastikan wilayah-wilayah terpencil dan kurang membangun tidak terus tercicir daripada arus pembangunan.
Transcript
00:00Malaysia komited memperkukuh kerjasama serantau menerusi kawasan pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina atau BIM IAGA
00:10bagi merapatkan jurnal pembangunan serta memperluas perdagangan, pelaburan dan keterjaminan makanan demi kesejahteraan rakyat.
00:18Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata visi BIM IAGA 2035 mesti dipacu dengan semangat kebersamaan,
00:25tata kelola yang mampan serta iltizam untuk memastikan wilayah-wilayah terpencil dan kurang membangun tidak terus tercicir daripada arus pembangunan.
00:36Bercakap ketika menghadiri sidang kemuncak khas BIM IAGA di Sibu Filipina pada Khamis, Anwar berkata ASEAN perlu tampil dengan pendekatan
00:44lebih bersepadu dan berani
00:45ketika dunia berdepan cabaran krisis bekalan tenaga, perubahan iklim dan ketidaktentuan ekonomi global.
00:52Sumungan itu, Malaysia mendukung pengukuhan keterhubungan tenaga rentas sempadan, pelaburan dalam tenaga boleh baru serta penyelesaian lestari
01:01seperti solar dan grid mini agar manfaat pembangunan dapat dinikmati secara adil dan inklusif oleh seluruh rakyat termasuk komuniti di
01:10pedalaman.
01:11BIM IAGA yang merujuk kepada kawasan pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina ditubuhkan pada 1994
01:19dengan matlamat mempercepat pertumbuhan ekonomi inklusif, pembangunan dan kemakmuran di kawasan kurang membangun dalam negara anggotanya.
01:28Anwar berkata VCB MIAGA 2035 bukan sekadar dokumen dasar tetapi cerminan tekad bersama untuk membina sebuah rantau yang lebih berdaya
01:37tahan, kompetitif dan manusiawi.
01:40Selain itu, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. selaku penerusi ASEAN tahun ini berkata
01:46perbincangan pada sidang kemuncak tersebut menampilkan program dan projek utama
01:51yang kini memberi impak besar kepada komuniti tempatan menerusi penciptaan peluang pekerjaan,
01:57pengukuhan hubungan jaringan serta peluasan peluang khususnya di kawasan pertumbuhan subwilayah.
02:04Marcos berkata sidang kemuncak itu memperbaharu tekad ASEAN untuk menerjemahkan visi kepada tindakan dan perancangan kepada impak berkekalan.
Comments

Recommended