Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Menurut firma penyelidikan RHB Research, dengan cukai sekitar 25% bagi EV dari China, harga akhir EV CBU dijangka mencecah sekurang-kurangnya RM250,000, sebelum mengambil kira margin keuntungan pengedar.
Transcript
00:00Langkah kerajaan memperketatkan syarat terhadap kenderaan elektrik model import sepenuhnya EVCBU dijangka memberi tekanan kepada Saim Dabi Berhad.
00:10Menurut firma penyelidikan RHB Research, model-model popular BYD yang dipasarkan oleh kumpulan tersebut berisiko terkesan langsung dengan dasar baru
00:19yang bakal berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
00:24Firma itu bagaimanapun mengekalkan syaratan beli terhadap saham Saim Dabi dengan harga sasaran RM2.55 sesaham mewakili potensi kenaikan sekitar
00:3516% dan pulangan dividen kira-kira 6%.
00:39Katanya dengan cukai sekitar 25% bagi EV dari China, harga akhir EVCBU dijangka mencecah sekurang-kurangnya RM250,000 sebelum
00:49mengambil kira margin keuntungan pengedar.
00:53Tambahnya, syarat baharu itu menjejaskan segmen pasaran masa yang menjadi pemacu utama pertumbuhan EV negara.
01:00RHB Research berkata, daripada 20 model EV paling laris di Malaysia, hanya 5 model yang dijangka tidak terkesan dengan polisi
01:08berkenaan dengan 2 daripadanya merupakan model tempatan iaitu Proton E-MAS-5 dan E-MAS-7.
01:15Ia menambah, langkah itu turut memberi insyarat yang pemain industri seolah-olah dipaksa melaksanakan pemasangan tempatan CKD sekiranya mahu terus
01:26bersain dalam pasaran EV domestik.
01:28Katanya, bagi Sam Darby, kesannya dijangka lebih ketara memandangkan BYD menyumbang sekitar 38% daripada jumlah keseluruhan jumlah division motor
01:40syarikat pada tahun kewangan 2025.
01:44Pada tahun kewangan 2025, BYD merekodkan jualan sebanyak 10,271 unit.
01:52Jika jumlah yang sama hilang dalam tempoh tahun kewangan 2026 hingga 2028, pendapatan kumpulan itu berpotensi menyusut sekitar 6%
02:03setahun.
02:04Tambahnya, kebanyakan model BYD ketika ini berada di bawah paras minimum ditetapkan miti sekaligus mengurangkan insentif kumpulan tersebut untuk terus
02:15memasarkan jenama tersebut secara agresif di Malaysia.
02:21Situasi berkenaan, kata RHB Research, dijangka menimbulkan dua tekanan utama kepada kumpulan iaitu penyusutan jumlah jualan serta pengecilan margin keuntungan.
02:32Firma itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan rundingan lanjut antara pemain industri dan kerajaan memandangkan perubahan dasar tersebut boleh menjejaskan sasaran
02:43Malaysia mencapai 20% jualan EV menjelang 2030.
Comments

Recommended