00:00Sektor penjagaan kesihatan berdepan risiko apabila langkah kerajaan mengekang inflasi perubatan dijangka menamatkan pertumbuhan hasil tanpa had bagi operator hospital
00:10swasta.
00:11Menurut firma penyelidikan RHB Research, langkah itu mungkin menandakan berakhirnya era emas hospital swasta yang sebelum ini menikmati pertumbuhan pendapatan
00:20tinggi, hasil tuntutan perubatan serta perikmatan yang kurang dikawal selia.
00:27RHB Research berkata arahan Bank Negara Malaysia berhubung had tuntutan insurans kesihatan memberi isyarat jelas bahawa industri itu sedang bergerak
00:35ke arah sistem yang lebih telus dan mampan.
00:38Tambahnya walaupun perubahan itu dijangka mengehadkan pendapatan, ia pada masa sama memberi kelebihan kepada pengendali hospital yang memiliki kecekapan kos
00:47lebih baik.
00:47Firma tersebut mengekalkan penarafan overweight terhadap sektor itu dengan tiga pilihan utama iaitu KPJ Healthcare, LAC Med dan Duo Pharma
00:57Biotech yang masing-masing diberikan saranan beli.
01:01Tambahnya kajian Bank Dunia mendapati 67% peningkatan kos perubatan berpunca daripada pertambahan penggunaan perikmatan kesihatan, manakala hanya 26%
01:11disebabkan kenaikan harga.
01:12Laporan tersebut turut membangkitkan isu kemasukan pesakit ke Watt Hospital dengan kos mahal walaupun sebahagian kes boleh dirawat secara pesakit
01:21luar atau di klinik premier.
01:24Dalam perkembangan berkaitan, semua pengendali insurans dan takaful diarah menghentikan penawaran produk perlindungan kesihatan dengan had tuntutan tahunan terlalu tinggi
01:33berkuatkuasa 1 Mei ini.
01:35RHB Research berkata langkah dilihat sebahagian daripada strategi BNM bagi membendung kenaikan premium insurans dan kos rawatan swasta yang semakin
01:45meningkat.
01:46Firma tersebut menjelaskan bahawa risiko utama sektor penjagaan kesihatan kekal peningkatan kos operasi, pertumbuhan perlahan jumlah pesakit dan perubahan dasar
01:56kawal selia yang lebih agresif.
Comments