Skip to playerSkip to main content
Masalah ketegangan dan sakit otot dikenal pasti sebagai antara aduan paling kerap dialami jemaah haji, khususnya warga emas, susulan perjalanan jauh dan pergerakan fizikal yang berlebihan sepanjang melaksanakan ibadat.

#LaporanHaji2026 #KhabarHaji2026
Transcript
00:04Masalah ketegangan dan sakit otot dikenalpasti sebagai antara aduan paling kerap dialami jemaah haji khususnya warga emas, susulan perjalanan jauh
00:13dan pergerakan fizikal yang berlebihan sepanjang melaksanakan ibadat.
00:17Juru Pulih Perubatan Fisioterapi Azlinda Abdul Hamid berkata kebanyakan jemaah yang mendapatkan rawatan fisioterapi dirujuk oleh doktor klinik selepas mengalami
00:27kesakitan terutamanya selepas melakukan tawaf dan sai.
00:33Menurut Azlinda, perata 20 jemaah sehari mendapatkan rawatan fisioterapi dengan angka itu meningkat kepada sekitar 30 pesakit sehari apabila menghampiri
00:44kemuncak ibadat haji.
00:45Katanya golongan warga emas mencatatkan jumlah tertinggi menerima rawatan dengan bilangan lelaki dan perempuan hampir seimbang.
00:53Setakat inilah kebanyakan jemaah haji yang datang ke fisioterapi, kebanyakannya banyak mengalami masalah otot, ketegangan otot sebab perjalanan yang jauh.
01:09Perjalanan yang jauh. Jadi kebanyakan datang ke sini, doktor daripada klinik akan refer ke fisioterapi dan kita akan bantulah daripada
01:17segi untuk melegakan rasa sakit jemaah haji.
01:20Yang kita jumpa, yang bila dia berjalan tu, dia terpaksa postur dia tak cantik lah, dia terpaksa membongkok, ok.
01:28Dan untuk menahan rasa sakit tu. Kebanyakannya, inilah sakit tu terlebih berjalan.
01:48Azlinda berkata demikian ketika ditemui media di pusat fisioterapi di Mekah.
01:53Selain itu katanya, sekiranya senaman tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan, barulah rawatan bantuan menggunakan peralatan di jalan gal.
02:01Daripada keseduruhan jemaah yang mendapatkan rawatan, Azlinda berkata sekitar 80% menunjukkan kelegaan hanya melalui senaman dan regangan yang diajar.
02:11Baki 20% pula memerlukan rawatan sesulan atau pemantauan lanjut bergantung kepada tahap kesakitan dan kondisi kesihatan masing-masing.
02:20Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended