00:00Hakim Persekutuan AS mendedahkan dokumen nota bunuh diri dipercayai ditulis mendiang Jeffrey Epstein pada Rabu.
00:08Epstein, seorang ahli kewangan yang berdepan tuduhan pemerdagangan seks ditemukan mati di dalam sel penjara di Manhattan pada Ogos 2019
00:16dalam kes yang diputuskan sebagai bunuh diri.
00:21Nota berkenaan mengandungi ayat berbunyi, ia satu kepuasan apabila dapat memilih masa sendiri untuk mengucapkan selamat tinggal.
00:28Nota tulisan tangan itu dikatakan ditemukan bekas rakan selnya Nicholas Tartaglion yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kes
00:37pembunuhan berkaitan dadah.
00:39Hakim daerah AS Kenneth Karras yang mengendalikan kes Tartaglion mengarahkan nota itu didedahkan selepas permohonan dibuat oleh The New York
00:47Times yang sebelum ini melaporkan kewujudannya.
00:50Karras memutuskan nota berkenaan layak dianggap sebagai dokumen kehakiman yang boleh diakses umum kerana ia dikemukakan dalam proseding kes jenayah
00:57Tartaglion.
00:58Bagaimanapun, hakim itu tidak mengesahkan ketulinan nota berkenaan atau menilai rantai simpanannya, sebaliknya menyatakan perkara itu tidak relevan dalam keputusan
01:07untuk mengubukanya kepada umum.
01:09Nota yang ditulis pada kertas kuning itu dikemukakan peguam Tartaglion yang berkongsi sel dengan Epstein selama kira-kira dua minggu
01:16pada Julai 2019 ketika kedudunya ditahan di penjara Manhattan.
01:21Antara kandungan nota itu berbunyi, mereka menyiasat saya selama berbulan-bulan dan tidak jumpa apa-apa, jadi tuduhan lama berusia
01:2715 tahun digunakan.
01:29Epstein pernah mengaku bersalah di Florida pada 2008 atas kesalahan melanggan pelacuran mebabitkan bawah umur yang membawa kepada penjanjian pengakuan
01:37bersalah, kontroversi dan hukuman penjara singkat.
01:40Beliau ditahan semula pada Julai 2019 atas tuduhan pemberdagangan seks kanak-kanak selepas didakwa merekrut dan mendera remaja perempuan bawah
01:48umur di New York dan Florida.
Comments