00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MAP Malaysia akan melaksanakan operasi pembenihan awan di Sarawak pada 11 dan 12 Mei ini sebagai langkah
00:08meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama.
00:12MAP Malaysia dalam kenyataan memaklumkan operasi itu akan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan empangan bakun, batang air dan murum yang
00:20merupakan sumber penting bekalan air dan penjanaan tenaga hidroelektrik di Sarawak.
00:24Menurut MAP Malaysia, pelaksanaan operasi berkenaan melibatkan kerjasama strategik pelbagai agensi antaranya agensi pengurusan bencana negara NADMA dan Tentera Udara
00:34Diraja Malaysia TUDM.
00:35Jelasnya operasi pembenihan awan ini akan dilaksanakan berdasarkan analisis meteorologi oleh MAP Malaysia dengan mengambil kira faktor kelembapan udara, kesabilan
00:45atmosfera serta corak pergerakan angin bagi memastikan keberkesanan operasi.
00:50Kawasan sasaran dipilih berdasarkan kehadiran awan yang berpotensi untuk proses pembenihan.
Comments