00:00Sebagian besar dasar kerajaan ketika ini masih bersifat penyelesaian jangka pendek yang banyak bergantung kepada suntikan fiskal bagi menangani tekanan
00:08kos sara hidup serta kestabilan ekonomi semasa.
00:11Pengarah program MBA Putera Business School Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latif berkata, pendekatan sedemikian jika berterusan boleh memberi implikasi
00:19kepada kedudukan kewangan negara apabila peningkatan perbelanjaan tidak selari dengan pertumbuhan pendapatan kerajaan.
00:26Cuma keutamaan ialah memastikan pada masa ketika ini tidak ada sebagai contoh ramai pekerja yang terpaksa dibuang kerja kerana syarikat
00:39tidak mampu menampung kos operasi disebabkan kenaikan bahan api dan juga ada isi rumah yang tidak mampu untuk membeli barangan
00:51keperluan kerana berlaku peningkatan.
00:52Bukan harga kawalan tetapi barangan perkhidmatan yang lain.
00:57Bagaimanapun beliau menjelaskan kerajaan masih mempunyai ruang seperti supplementary budget yang lazim digunakan setiap tahun bagi menyusun semula peruntukan atau
01:07menyesuaikan keutamaan perbelanjaan mengikut keadaan semasa.
01:10Sementara itu, Pengerusi Pertumbuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia Abdul Rashid Yook berkata, struktur kos dalam sektor pertanian sangat dipengaruhi oleh bahan
01:20api dengan kira-kira 80% operasi bergantung kepada penggunaan diesel sama ada untuk jentera mahupun pengangkutan.
01:27Secara asasnya adalah satu mana-mana perniagaan dan juga satu bidang usaha yang kita lakukan adalah menitip beratkan kepada dua
01:37faktor kerugian dan juga keuntungan.
01:40Jadi sudah pasti sekarang ini majin keuntungan yang dihadapi oleh setiap para pesawah menurun dari segi sudut penampatan.
01:49Itu yang menyebabkan dia sangat signifikan dengan kami sekarang ini.
01:53Jelasnya keadaan tersebut menyebabkan sebahagian pesawah berdepan cabaran untuk mengekalkan pendapatan yang stabil sekaligus memberi kesan kepada kelangsungan aktiviti pertanian
02:04mereka.
Comments