Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Ikuti langsung sidang media mingguan oleh Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil di Menara Komunikasi, Putrajaya.
Transcript
00:00Penyelamat Malaysia, JBPM akan mempertingkatkan usaha pembenehan awan menggunakan jentera masing-masing dengan penyelarasan dan peruntukan yang disediakan oleh pihak
00:17NADMA.
00:19Jemah Menteri pada hari ini turut mengambil maklum bahawa isu yang melibatkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan telah berjaya
00:31diurus dan diselesaikan dengan baik selepas pertemuan pimpinan tertinggi UMNO Barisan Nasional dan Pakatan Harapan semalam.
00:42Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal mentadbir dengan dipimpin yang amat berhormat Menteri Besar Dato' Sri Aminuddin.
00:52Sebarang isu yang berbangkit selepas ini akan dirujuk kepada pimpinan utama berlandaskan perjanjian yang telah dimeterai antara parti-parti komponen
01:04Kerajaan Perpaduan.
01:08Seterusnya untuk makluman rakan-rakan media, Sambutan Hari Wartawan Nasional atau HAWANA 2026 akan berlangsung pada 20 hari bulan Jun
01:19di Pusat Konvensyen Pika, Pulau Pinang.
01:23Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Sri Anwar Ibrahim.
01:32Hari ini saya mengambil kesempatan untuk mengumumkan tema HAWANA 2026 iaitu Media Berintegrity Thrust Credibility.
01:45Dalam bahasa Inggeris, Media Integrity Strengthens Credibility dengan logo rasmi seperti yang telah dipapar.
01:55Logo HAWANA 2026 mengetengahkan elemen Jambatan Pulau Pinang dan Pokok Pinang sebagai simbol identiti negeri tuan rumah yang kaya dengan
02:06sejarah warisan dan kemodernan.
02:10Secara keseluruhan, logo ini menggambarkan aspirasi HAWANA sebagai wadah penyatuan warga media dan masyarakat dalam mendukung pembangunan negara yang inklusif
02:21dan mampan.
02:22Ada pelbagai pengisian sepenasambutan HAWANA kali ini bermula dengan forum media di Kuala Lumpur esok.
02:32Butiran lanjut, pengisian HAWANA 2026 akan diedarkan kepada pihak media.
02:38Maklumat lanjut juga boleh diperoleh menerusi portal rasmi HAWANA di hawana.my.
02:48Dan ini mungkin maklumat yang dinantikan beberapa pihak.
02:55Kerajaan Madani komited memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati Piala Dunia FIFA 2026 secara inklusif, sah dan menyeluruh.
03:05Bagi tujuan ini, kerajaan telah memutuskan supaya usaha sama dengan sektor swasta di jalin untuk memastikan penyiaran berkualiti tinggi serta
03:17sasaran capaian yang meluas.
03:19Justru, saya dengan sukacitanya mengumumkan penyiar rasmi bagi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia adalah Radio Television Malaysia, RTM dan
03:32Unify TV.
03:34Piala Dunia FIFA 2026 akan disiarkan di pelbagai platform termasuk free-to-air melalui MyTV serta platform OTT menerusi RTM
03:46Click dan Unify TV bagi memastikan akses yang menyeluruh kepada penonton di seluruh negara.
03:55Liputan menyeluruh merangkumi ke semua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unify TV,
04:05menekala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.
04:13Ini memberikan kepelbagaian pilihan tuntunan kepada peminat.
04:18Program Grandstand akan diterbitkan dari Angkasa Puri, Kota Media dengan penyampaian utama dalam bahasa Melayu serta sebahagian dalam bahasa Inggeris.
04:29Perkembangan terkini juga akan dikongsikan melalui program Selamat Pagi Malaysia.
04:35Selain itu, acara tontonan umum akan dianjurkan di lokasi terpilih secara sederhana bagi meningkatkan keterlibatan para peminat.
04:45Beberapa penaja utama yang bersama dalam usaha ini telah dikenalpasti dan sedang dimuktamadkan dan akan diumum dalam masa terdekat.
04:58Kerajaan juga menegaskan kepentingan pematuhan terhadap peraturan anti cetak rompak bagi semua kandungan berkaitan kejohanan ini.
05:08Semua pihak disuruh untuk mainkan peranan secara bertanggungjawab dan tindakan penguasaan akan terus diperkukuh terhadap sebarang pelanggaran.
05:19Kerajaan berharap agar Piala Dunia FIFA 2026 akan dapat menyatukan rakyat melalui semangat sukan dan kebersamaan.
05:29Bagi yang belum memuat turun RTM Klik, sila muat turun aplikasi tersebut dari Google Play atau Apple Store sekarang.
05:39Sekian, terima kasih.
Comments

Recommended