Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan, beliau akan menggantung sementara “Project Freedom”, usaha ketenteraan AS bagi mengiringi kapal dagang keluar dari Selat Hormuz, hanya sehari selepas operasi itu dimulakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:04Salam sejahtera, ini adalah antara perkembangan yang baru kami terima di mana Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan beliau akan
00:11menggantung sementara projek Freedom iaitu inisiatif ketenteraan Amerika bagi mengiringi kapal dagang keluar dari selat humus.
00:19Penggantungan itu menyusul hanya sehari selepas operasi itu dimulakan.
00:27Dalam satu hantaran di True Social, Trump berkata keputusan itu dibuat antara lain berikutan kemajuan besar telah dicapai ke arah
00:35perjanjian lengkap dan muktamat dengan Iran.
00:38Beliau berkata projek itu akan digantung untuk tempoh singkat bagi melihat sama ada perjanjian itu dapat dimuktamatkan dan ditandatangani.
00:47Trump menambah ia juga dibuat berdasarkan permintaan Pakistan dan negara-negara lain.
00:52Susulan pengumuman berkenaan, niaga hadapan pasaran saham dilaporkan meningkat sekaligus mencetuskan harapan terhadap perjanjian damai yang berpotensi menamatkan perang antara
01:03Amerika Syarikat Israel di Iran serta membuka semula selat humus yang penting dari segi ekonomi.
01:10Projek Freedom bermatlamat membolehkan kapal-kapal yang terkandas merentasi selat humus dalam usaha pertama menggunakan kuasa tentera laut untuk membuka
01:19semula laluan perdagangan tenaga paling penting dunia.
01:22Bagaimanapun, langkah itu dilihat tidak mencapai kesan segera apabila tiada peningkatan ketara trafik kapal dagang sebaliknya mencetuskan demonstrasi kekuatan oleh
01:32Iran yang mengancam akan melancarkan serangan baru terhadap negara jiran jika ketegangan berterusan.
01:38Pada Isnin, setiap usaha negara Amerika Syarikat Marco Rubio berkata, fasa pertempuran dalam operasi Amerika Syarikat terhadap Iran yang dilancarkan
01:48pada Februari telah berakhir dan Washington kini memberi tumpuan kepada operasi baru bagi mengiringi pergerakan kapal melalui selat humus.
01:58Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended