00:00Seterusnya, Parlimen Dwi Dewan Romania meluluskan usul tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ili Bolojan, dengan 281 undi menyokong
00:10dan 4 menentang. Perkembangan itu sekaligus menyaksikan tumbangnya kerajaan sedia ada dan politik Romania kini lumpuh.
00:21Keputusan diumumkan menerusi siaran langsung proses pengundian Parlimen Berkenaan yang bersidang pada selasa.
00:28Mengikut perlembagaan, kerajaan Bolojan akan berfungsi sebagai pentadbiran interim bermula dari saat usul itu diluluskan dan hanya terhad kepada pengendalian
00:38urusan pentadbiran rutin.
00:39Kerajaan interim tidak dibenarkan mengeluarkan ordinan darurat atau mencadangkan undang-undang baru, manakala tempoh perkhidmatannya tidak boleh melebihi 45 hari.
00:51Bolojan daripada Parti Liberal Kebangsaan memegang jawatan pada Jun 2025 bagaimanapun dasar penjimatan dan cadangan penjualan aset strategik negara oleh
01:01pentadbirannya mendapat tentangan hebat daripada Parti Demokrat Sosial PSD iaitu parti terbesar dalam gabungan asal pemerintah.
01:10Pada April, PSD menarik balik sokongan politik dan memanggil semula semua menterinya daripada kerajaan selain menuntut perletakan jawatan Bolojan namun
01:20permintaan itu ditolak.
01:22Susulan itu, PSD bersama Parti Pembangkang Utama dan Ahli Bebas mengemukakan usul tidak percaya pada akhir April lepas.
Comments