Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
WHO percaya penularan hantavirus dari manusia ke manusia mungkin berlaku di kapal persiaran Hondius di Atlantik, susulan kematian tiga penumpang dan tujuh kes disyaki. Varian Andes antara siasatan utama.
Transcript
00:00Pertubuhan kesihatan sedunia WHO percaya penularan hantavirus dari manusia ke manusia telah berlaku di kapal persiaran di Atlantik.
00:09Pakar epidemiologi WHO Maria van Kerkove memaklumkan tiga penumpang kapal persiaran Hondayas yang kini berlabuh di Cape Verde dengan kira
00:19-kira 140 penumpang dan anak kapal telah meninggal dunia dalam wabak berkenaan.
00:26Mangsa ialah pasangan warga emas rakyat Belanda dan seorang warga Jerman.
00:31WHO pada masa ini mengesyaki sejumlah tujuh jangkitan virus itu dengan ujian makmal dilakukan berterusan.
00:38Sebelum ini, badan kesihatan itu memaklumkan jangkitan hantavirus lazimnya dikaitkan dengan pendedahan alam sekitar iaitu air kencing atau najis tikus
00:47yang dijangkiti.
00:48Bagaimanapun, Van Kerkove berkata penularan sesama manusia adalah mungkin dengan varian andas yang disyaki dalam kes berkenaan.
01:06WHO percaya rantaian jangkitan bermula dengan pasangan Belanda yang mungkin dijangkiti sebelum menaiki pesawat.
01:13Van Kerkove menegaskan ramai penumpang di kapal itu telah melakukan perjalanan untuk melihat haiwan liar dan aktiviti serupa.
01:22Beliau mencadangkan jangkitan lanjut mungkin berlaku di ruang terkurung di atas kapal Hondayas namun tidak menolak jangkitan daripada tikus di
01:30pulau yang dilawati semasa pelayaran.
01:32Pengendali Belanda Oceanwide Expedition menegaskan tiada tikus di atas kapal itu yang sedang belayar dari Argentina ke Cape Verde ketika
01:42penumpang jatuh sakit.
01:43Van Kerkove berkata persiapan sedang dibuat untuk memindahkan dua pesakit di atas kapal ke Belanda.
Comments

Recommended