Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio berpandangan perjanjian damai antara Israel dan Lubnan berpotensi dicapai dalam masa terdekat, namun menegaskan kewujudan Hezbollah sebagai faktor utama yang menghalang keamanan berkekalan. Amerika Syarikat menyatakan komitmen untuk mengantara kedua-dua negara dalam usaha memperkukuh peranan kerajaan dan angkatan bersenjata Lubnan, ketika konflik dan keganasan terus berlarutan walaupun gencatan senjata diumumkan.
Transcript
00:00Setia usaha negara AS Marco Rubio berpendapat keamanan antara Israel dan Lubnan adalah sesuatu yang boleh dicapai namun menegaskan kumpulan
00:10pejuang Hezbollah menjadi halangan utama kepada usaha tersebut.
00:14Menurut Rubio, perjanjian damai antara Israel dan Lubnan dilihat semakin hampir untuk direalisasikan dan sepatutnya dapat dicapai dalam masa terdekat.
00:47Pada 2 Mac, Israel memperhebat serangan udara ke atas Lubnan selepas Hezbollah melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah Israel iaitu
00:54tiga hari selepas bermulanya perang antara Mereka Syarikat dan Israel terhadap Iran.
00:58Sesudahan itu, Israel memperluaskan operasi ketenteraan darat ke selatan Lubnan.
01:02Sejak 2 Mac tahun ini, lebih 2,600 orang terbunuh akibat serangan Israel, sementara lebih 1 juta penduduk dilaporkan terpaksa
01:09kehilangan tempat tinggal.
01:10Manakala Israel pula memaklumkan 17 anggotanya terbunuh di selatan Lubnan, manakala dua orang awam Israel maut dalam serangan Hezbollah.
01:17Israel dan Lubnan sebelum ini bersetuju dengan satu genjata senjata rapuh pada pertengahan April yang kemudiannya dilanjutkan sehingga Mei.
01:24Di sebalik itu, Israel masih mengekalkan pendudukan di selatan Lubnan dan didakwa memusnahkan beberapa buah kampung,
01:30manakala Hezbollah pula dilaporkan terus melancarkan serangan ke atas pasukan Israel.
Comments

Recommended