Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
AS meningkatkan penguatkuasaan sekatan maritim terhadap Iran di Selat Hormuz, dengan 51 kapal komersial diarah berpatah balik atau kembali ke pelabuhan bagi menyekat pergerakan keluar masuk maritim negara itu.
Transcript
00:00Dalam pada itu, Amerika Syarikat memaklumkan sebanyak 51 kapal yang cuba memasuki atau keluar daripada pelabuhan Iran telah diarah berpatah
00:09balik atau kembali ke pelabuhan di bawah sekatan maritimnya.
00:14Kenyataan Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat, Sankom, menyebut sehingga selasa 51 kapal telah diarah berpatah balik atau kembali ke pelabuhan
00:23bagi menghalang kapal komersial daripada memasuki atau meninggalkan Iran.
00:28Angka terbaru itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2 buah kapal berbanding 49 kapal yang dilaporkan sebelum ini.
00:36Menurut Sankom, seorang kelasi Amerika Syarikat yang bertugas di atas kapal pemusnah peluru berpandu USS Michael Murphy DDG 112 dilihat
00:47memantau operasi penerbangan di Laut Arab ketika tentera Amerika menguatkuasakan sekatan berkenaan.
00:54Sejak 13 April, Amerika Syarikat telah menguatkuasakan sekatan maritim yang menyasarkan trafik maritim Iran di Selat Hormuz.
01:03Tindakan itu sebagai tindak balas terhadap sekatan Iran ke atas laluan kapal melalui kawasan itu, susulan peperangan yang bermula pada
01:1128 Februari lepas yang kini sedang ditangguhkan.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended