Skip to playerSkip to main content
Seramai 514 bakal jemaah haji daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir sebelum berlepas ke Tanah Suci, kebanyakannya disebabkan masalah kesihatan dan faktor luar jangka.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, berkata antara punca utama penarikan diri itu termasuk kes kematian, kemalangan serta keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan jemaah meneruskan perjalanan ibadah.

#LaporanHaji2026 #KhabarHaji2026
Transcript
00:04Seramai 514 bakal jemaah haji daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir sebelum
00:16berlepas ke Tanah Suci, kebanyakannya disebabkan masalah kesihatan dan faktor luar jangka.
00:21Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, antara punca utama penarikan diri itu termasuk kes kematian, kemalangan serta keadaan
00:31kesihatan yang tidak mengizinkan jemaah untuk meneruskan perjalanan ibadah.
00:38Menurut beliau, terdapat juga kris melibatkan edah apabila kematian pasangan menyebabkan individu berkenaan tidak lagi dibenarkan menunaikan ibadah haji pada
00:47musim ini.
00:48Ada yang menolak selepas mendapat visa yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan juga Kerajaan Rasabli.
00:55Tapi kes-kes yang menolak ini adalah disebabkan contohnya kes kematian, kes kemalangan, terdapat juga kes di mana idah, maksudnya
01:08bila meninggal suami, isteri tak dapat pergi haji sekalilah.
01:12Dan juga kes disebabkan kes kesihatan, mungkin contohnya baru ini ada seorang jemaah kita yang kolaps semasa berada di C17
01:22dan kita telah rujuk kepada hospital kita di Malaysia.
01:26Jadi ada pelbagai sebab kenapa mereka ini tidak dapat menunakan haji disebabkan oleh sama ada kematian, kemalangan ataupun kesihatan.
01:39Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan di Mekah.
01:43Mengulas pengisian kekosongan, Muhammad Hisham berkata, setiap kekosongan yang berlaku akan diisi segera menerusi senarai menunggu selagi sistem nusuk yang
01:53dikendalikan Kerajaan Arab Saudi masih dibuka.
01:56Katanya tawaran haji akan diberikan kepada individu yang bersedia dalam tempoh singkat termasuk menjalani pemeriksaan kesihatan segera sebelum pengesahan dibuat.
Comments

Recommended