Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
kestabilan ekonomi Malaysia bergantung kepada keupayaan kerajaan memperkukuh perbelanjaan pengguna melalui inisiatif sokongan seperti Sumbangan Asas Rahmah dan Sumbangan Tunai Rahmah.
Transcript
00:00Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia dilihat masih mampu berada di landasan stabil walaupun berdepan ketidaktentuan isu geopolitik global. Kestabilan itu bergantung
00:11kepada keupayaan kerajaan dalam memastikan perbelanjaan pengguna terus diperkukuh melalui sokongan berterusan.
00:19Menurut Prof. Emeritus Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Prof. Emeritus Jamal Uthman, sokongan yang dimaksudkan antaranya seperti
00:29sumbangan asas rahma, SARA dan sumbangan tunai rahma, STR.
00:33Apapun dalam jangka masa pendek, mungkin kurang dalam setahun, saya rasa kita mampu untuk mempertahankan pertumbuhan ekonomi asalkan consumption, perbelanjaan
00:50pengguna dapat dipertahankan dengan berbagai-bagai bentuk sokongan.
00:58Kita melestarikan contohnya SARA, STR, ini boleh membantu untuk maintain perbelanjaan pengguna. Sebab kita tahu perbelanjaan pengguna membentuk, menyumbang sekitar
01:1370% kepada GDP kita.
01:16Jadi kalau kita boleh pertahankan perbelanjaan pengguna, saya fikir dalam jangka pendeklah pertumbuhan ekonomi tidak terjejas banyak.
01:24Beliau juga berpandangan konflik berterusan di Asia Barat serta tekanan inflasi global berpotensi mengubah prospek dalam jangka panjang, ia apabila
01:33kesan kenaikan kos mula meresap dalam struktur ekonomi.
01:36Dalam jangka panjang, lebih setahun apabila kesan inflasi mula masuk, itu saya fikir boleh memberi kesan. Apalagi bila daya saing
01:48ekspor kita terjejas bila harga barangan, harga minyak dunia meningkat.
01:55Jadi kos ekspor juga akan meningkat. Pendapatan negara-negara pengimport juga akan terjejas.
02:03So dalam jangka panjang, ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan ekonomi.
02:09Beliau berkata demikian dalam agenda awal ini pada Selasa.
Comments

Recommended