Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan masjid tidak boleh dijadikan medan perbalahan atau platform politik, sebaliknya perlu kekal sebagai institusi yang menyatukan masyarakat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Masjid tidak boleh sama sekali dijadikan medan perbalahan atau tempat menyemai perpecahan, sebaliknya perlu kekal sebagai institusi yang menyatukan umah.
00:10Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Salehuddin menitahkan, sebarang unsur politik perlu dijauhkan sepenuhnya daripada ruang masjid dan surau.
00:20Baginda bertitah, penganjuran program berunsur politik sama ada dalam bentuk ucapan, ceramah atau perbincangan tidak rasmi tidak dibenarkan di premis
00:29masjid.
00:30Langkah itu bagi memastikan institusi masjid terpelihara daripada sebarang unsur yang boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat.
00:38Selaku yang dipertua Majlis Agama Islam Kedah, Baginda turut menekankan peranan penting jawatan kuasa masjid untuk melaksanakan aktiviti yang memberi
00:47manfaat kepada karya.
00:49Pengurusan kewangan masjid perlu dilaksanakan secara telus dan teratur bagi mengelakkan sebarang salah guna kuasa atau kecuaian yang boleh menjejaskan
00:57kepercayaan masyarakat.
00:59Dalam masa sama, Baginda turut mengingatkan agar semua pihak mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Agama Islam dan Jabatan Hal Ewal
01:07Agama Islam Negeri.
Comments

Recommended