Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
SPRM meneruskan siasatan salah guna kuasa berkaitan pelaburan RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan ARM UK. Rakaman percakapan melibatkan bekas menteri, dengan 22 keterangan diambil setakat ini.
Transcript
00:00Hari ini, proses rakaman percakapan bekas Menteri Ekonomi Dato' Sri Rafizi Ramli
00:05di Seruan Jaya Penjagaan Rasuah Malaysia SPRM akan bersambung untuk hari ketiga.
00:10Proses itu berkait siasatan, salah guna kuasa dan penyelewengan
00:13dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion
00:17antara Kementerian Ekonomi dan Syarikat Arm Limited UK
00:21dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.
00:25Pada hari pertama dan kedua, proses berlangsung selama lebih 9 jam.
00:30Pengarahkanan bagian siasatan SPRM, Dato' Mahmud Hafaz Nazar berkata
00:34proses rakaman percakapan hari ketiga akan berlangsung pada sebelah petang.
00:39Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009
00:43berkaitan salah guna jawatan untuk suapan.
00:47SPRM memaklumkan setakat ini 22 keterangan diambil
00:51termasuk Menteri dan Pegawai Kanan beberapa agensi kerajaan
00:54sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.
00:58Sebelum itu, SPRM juga telah mengambil keterangan bekas pegawai Rafizi
01:03iaitu Chai Jin Shun atau James Chai
01:06selama tiga hari berturut-turut bermula 28 April.
01:10Kertas siasatan dibuka pada 16 Februari susulan
01:13aduan NGO mendakwa perjanjian dibuat tergesa-gesa dan berat sebelah.
Comments

Recommended