Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Masjid, Tikam Batu ditamatkan pada hari ketiga selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui. JBPM Kedah memaklumkan pusat kawalan SAR akan dibuka semula sekiranya menerima maklumat atau perkembangan baharu berkaitan mangsa, Mohamad Khalid Halim Salleh, 84 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 4 Mei lalu.
Transcript
00:00Operasi Mencari dan Menyelamat SAR Lelaki Warga Emas yang dikuatiri lemas di Sungai Kampung Masjid Tikam Batu ditamatkan pada hari
00:08ketiga operasi selepas tiada sebarang petunjuk baru ditemui.
00:12Pusat Gerakan Operasi PGO Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Kedah bagaimanapun akan dibuka semula jika terdapat maklumat atau petunjuk
00:21baru berkaitan mangsa.
00:23SAR dijalankan sejak ahad lalu selepas mangsa Mohd Khalid Halim Saleh berusia 84 tahun dilaporkan hilang dan dikuatiri lemas susulan
00:33penemuan selimut di tebing sungai berkenaan.
00:36Keputusan menamatkan operasi tersebut dibuat selepas perbincangan bersama semua agensi terlibat termasuk pihak Bomber dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, penduduk
00:46kampung serta waris mangsa selepas usaha pencarian selama tiga hari tidak membuahkan hasil.
00:52Pada 4 Mei lepas, seorang mangsa dikuatiri lemas di kawasan sungai kampung masjid sebelum satu operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
01:02Operasi dijalankan di lokasi mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdasarkan penemuan selimut di tepi sungai yang terletak kira-kira
01:1030 meter dari rumah mangsa.
Comments

Recommended