Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas kerajaan Persekutuan Rusia bagi menghadiri sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan Rusia pada 9 Mei. Jemputan rasmi daripada Presiden Vladimir Putin itu mencerminkan pengiktirafan tinggi terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia. Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi ahli keluarga diraja Johor serta pemimpin dan pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri.
Transcript
00:00Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Berkenan berangkat ke Moskow, Rusia pada Rabu atas jemputan khas daripada Kerajaan Rusia.
00:08Keberangkatan Seri Paduka Baginda dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook rasmi.
00:15Hantaran menjelaskan jemputan tersebut adalah bagi meraihkan sambutan ulang tahun Hari Kemenangan Rusia yang akan berlangsung pada 9 Mei ini.
00:24Jemputan khas daripada Presiden Rusia Vladimir Putin juga mencerminkan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Rusia terhadap hubungan dua hala Moskow, Kuala Lumpur.
00:34Hadir sama mengiringi keberangkatan Seri Paduka Baginda ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu
00:44Bakar Al-Hajj.
Comments

Recommended