Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Perubahan demografi bukan hanya tentang jumlah penduduk, tetapi tentang siapa yang akan membeli rumah, di mana mereka mahu tinggal, siapa yang menjaga warga emas, dan bagaimana nilai hartanah akan berubah. Apabila populasi menua, keluarga mengecil dan urbanisasi berterusan, pasaran hartanah perlu bersedia dengan model perumahan yang lebih sesuai dengan realiti baharu Malaysia.

Diskusi ini memfokuskan kepada bagaimana perubahan ini membentuk permintaan hartanah, kesiapsiagaan pasaran serta keperluan perancangan perumahan yang lebih inklusif dan mampan.
Transcript
00:00Malaysia sedang berdepan satu perubahan senyap yang semakin besar kesannya.
00:05Bandar terus menjadi pusat pekerjaan, pendidikan dan mobiliti ekonomi.
00:09Tetapi dalam masa sama, banyak kampung semakin sunyi apabila generasi muda berhijrah dan ibu bapa yang semakin tua tinggal bersendirian.
00:18Isu ini bukan sekadar cerita anak rantau atau rumah pusaka yang ditinggalkan.
00:23Ia berkait rapat dengan kos hartanah bandar yang semakin tinggi, saiz keluarga yang mengecil, kadar kelahiran yang menurun dan unjuran
00:31Malaysia sebagai negara tua menjelang 2048.
00:35Jadi persoalannya adakah pasaran hartanah kini masih dirancang untuk struktur keluarga lama sedangkan realiti sosial sudah berubah?
00:43Dan bagaimana perumahan masa depan boleh menjawab keperluan generasi muda di bandar tanpa meninggalkan warga emas di kampung?
00:49Dengan itu, kita mempersilahkan tetamu yang sudah bersedia di studio untuk segment lensa hartanah adalah Dato' Ahyad Ishak, pengasas komuniti
00:57pejuang hartanah.
00:58Apa khabar, Ahyad?
00:58Ya, khabar baik. Terima kasih, Nina.
01:00Seperti biasa, sekali lagi kita membincangkan mengenai tren hartanah.
01:04Tapi kali ini, aspek kita nak melihat daripada segi geografi penuaan.
01:09Apabila kita melihat bagaimana pasaran hartanah, apabila negara menjadi negara menua.
01:15Lepas itu, kita lihat demografi banyak anak-anak pindah ke bandar, komuniti bandar untuk bekerja dan banyak orang tua ataupun
01:24parents hingga keseorang yang di kampung.
01:27So, dalam itu kita kena fikirkan bagaimana kepembentukan semula hartanah pada masa akan datang.
01:32Tetapi melihat kepada tren penuaan penduduk dan juga urbanisasi ini, bagaimana kita melihat dia mengubah cara kita keperluan perumahan khususnya
01:40di bandar dan juga kampung Ahyad.
01:42Okey, sebenarnya bila kita bercakap tentang negara yang menua, sekarang kita sudah negara menua, warga rakyat Malaysia lebih 65 tahun
01:52itu sudah mencapai 7%
01:53dan kita menuju kepada negara tua iaitu rakyat lebih 65 tahun lebih 14%.
02:03Jadi, itu sebenarnya tajuk yang kita biasa bincangkan.
02:08Tapi kan baru-baru ini ada satu artikel yang mengatakan sebenarnya bukan sahaja lebih ramai orang-orang tua di Malaysia,
02:15tapi orang-orang tua yang keseorangan yang ditinggalkan di kampung itu semakin ramai.
02:23Dan ini satu perspektif baru yang kita kena lihat.
02:26Dan bagaimana kita nak kaitkan dengan apa yang Nina tanya tadi kan?
02:31Okey, bayangkan kalau kita lihat kenapa perkara ini berlaku kerana urbanisasi.
02:36Maknanya anak-anak muda pindah ke bandar kerana mereka nak mencari peluang pekerjaan dan ekonomi dan meninggalkan mak ayah di
02:43kampung.
02:44Okey, kalau kita lihat data 1970, urbanisasi ini lebih kurang 28% daripada rakyat Malaysia ketika itu.
02:55Dan kita tengok kalau data 2020, datanya menunjukkan 75%.
03:00Okey, kalau kita lihat peratusan ini, Nina, kita tak dapat rasa betapa besarnya keadaan yang sedang berlaku.
03:07Okey, kalau kita ambilkan data itu dan kita darab kepada populasi ketika itu.
03:13So, populasi pada tahun 1970, bayangkan Malaysia baru ada 10 juta orang sahaja.
03:19Dan kalau kita lihat 28% itu, kita hanya ada lebih kurang 2.9 juta rakyat yang tinggal di bandar.
03:262.9 juta lebih, lebih kurang.
03:29Dan kalau kita tengok 2020, kita dah ada 32 juta, maybe 30 lebih juta rakyat Malaysia.
03:3475% duduk di bandar bermaksud ada lebih kurang berapa itu?
03:3920 lebih juta rakyat Malaysia yang duduk di bandar.
03:43Berbanding dengan 97-an, iaitu sekadar 2 lebih saja?
03:4629 juta sahaja.
03:48Okeylah, 2 lebih juta kepada 20 lebih juta.
03:50Kenaikan 10 kali ganda dan kita membayangkan, ya, membayangkan apa berlaku di bandar.
03:58Satu tekanan besar dan pembangunan yang besar-besaran.
04:01Dan saya, bila saya melihat data ini, Nina, saya membayangkan sektor mana yang paling untung kerana berlakunya urbanisasi yang besar
04:12-besaran itu,
04:12daripada 2 juta lebih rakyat Malaysia duduk di bandar, 50 tahun kemudian ada lebih 20 juta rakyat Malaysia duduk di
04:20bandar,
04:21sudah pasti sektor hartanah.
04:23Sektor hartanah yang paling untung.
04:26Yang, bukanlah nak kata paling untung, yang sangat untung.
04:29Boleh jadi juga paling untung.
04:30Dan kita membayangkan, kerana situasi ini berlaku, kerajaan juga terpaksalah menumpukan banyak dana, polisi, usaha di bandar-bandar.
04:43Perkhidmatannya, infrastrukturnya perlu kuat di bandar kerana berlakunya pemindahan secara besar-besaran ini dan kita pun melahirkan anak yang ramai
04:51di bandar-bandar ketika itulah.
04:53Jadi, ini menyebabkan, kalau kita faham, konsep ekonomi yang biasa, bekalan dan permintaan.
05:00Kerana berlakunya permintaan yang mendadak, ya betul, selama 50 tahun, tapi permintaan yang mendadak itu pada kawasan-kawasan bandar yang
05:10semakin mengurang,
05:12maknanya terhad, sudah pasti harga itu terus naik.
05:16Dan bila harga ini naik, walaupun gaji naik, dia menjadikan satu tekanan juga untuk memiliki hartanah di bandar.
05:27Menjawab kepada isu ini, ramai orang tua di kampung, keseorangan, apakah solusinya?
05:35Sebenarnya, kalau kita lihat, mudah.
05:37Kita kena pindahkanlah orang-orang tua yang di kampung itu, yang keseorangan itu, pindahkanlah mereka ke bandar kerana anak-anak
05:46ada di bandar.
05:47Senangnya.
05:48Bunyi macam senangnya, tapi realitinya, adakah senang?
05:54Dan solusi ini memerlukan kekuatan ekonomi yang tinggi untuk memindahkan mak ayah ke bandar.
06:04Kalau tidak boleh buat macam itu, solusi yang senang, anak-anak di bandar itu, pindahlah kembali ke kampung.
06:11Selesai masalah.
06:13Dan kita tahu, solusi itu bukan mudah.
06:16Senang disebut dua.
06:18Kenan apa?
06:20Kerana anak-anak tak boleh nak pindah kembali ke kampung kerana anak-anak pun ada anak dia,
06:25yang itu cucu kepada mak ayah yang keseorangan yang ditinggalkan itu, yang perlu sekolah dan sebagainya.
06:30Dan infrastruktur yang telah dibina di bandar, tidak ada di kampung kerana setelah 50 tahun pembangunan,
06:39segala pembangunan itu lebih banyak berlakunya di bandar.
06:42So, kita lihat, solusi itu tidaklah mudah dan tidak ada straight forward, walaupun dia bunyi simple.
06:49Dia nak bawa kepada persoalan seterusnya saya.
06:51Kalau kita lihat kos hartanah yang semakin meningkat, saiz keluarga yang semakin mengecil,
06:56sudah tentu ia memengaruhi bagaimana mereka memiliki atau memilih tempat tinggal itu.
07:00Jadi, adakah ini menunjukkan, ini menjadi ruang untuk kita mempunyai ataupun melaksanakan satu model perumahan yang baru
07:09yang mungkin lebih fleksibel dan lebih mesra pelbagai generasi.
07:13Wow. So, itu yang ada juga dalam industri hartanah yang mengatakan mereka membina multi-generational home.
07:20Maksudnya, rumah yang boleh menuhi keperluan pelbagai generasi.
07:27So, sekarang ini kita bercerita tentang tiga generasi dalam satu rumah.
07:32So, generasi yang membeli rumah itu yang perlu menjaga anak-anak dan perlu menjaga mak ayah.
07:39Sandwich generation.
07:40Itu juga yang dikatakan generasi sandwich atau generasi yang tersepit antara dia kena membesarkan anak-anak kecil dia.
07:48Dan menjaga orang tuanya.
07:49Dan menjaga orang tuanya.
07:50Okey.
07:51Kita membayangkan rumah yang multi-generational ini, membayangkan rumah itu cukup besarlah untuk tiga generasi.
07:58Dan kita tahu di bandar, kalau rumah yang lebih besar bermaksud lebih mahal.
08:04Kerana satu benda yang kita juga lihat apa yang berlaku di bandar, shrinkflation.
08:10Maksudnya, yang kita tahu ialah inflation.
08:13Saya tak tahu nak alihkan bahasa shrinkflation ini, maknanya inflasi yang menyebabkan barang dan perkhidmatan kita itu semakin mengecil.
08:22Inflasi menyebabkan barang dan perkhidmatan yang sama semakin mahal.
08:27Itu inflasi.
08:29Tetapi kerana penjual atau pemberi perkhidmatan nak mengekalkan harga yang sama, maka barang dan perkhidmatan yang diberikan perlu dikecilkan atau
08:41diperkecilkan.
08:43Sebagai contoh, nasi lemak nak dikekalkan satu ringgit.
08:47So, 50 tahun dulu, nasi lemak pun tak satu ringgit.
08:5020 tahun dulu, nasi lemak seringgit ini banyak.
08:54Tetapi kerana kita nak menjual nasi lemak itu pada satu ringgit hari ini, saya tak tahulah kalau boleh jumpa lagi
09:01lah, kalau satu ringgit ini.
09:02Ada-ada, kadang-kadang. Tapi tak banyak lah, sikit-sikit saja.
09:04Sikit-sikit, ok.
09:05Saya baru beli dekat Pasa Malah, sorry, Bazaar Sha'alam untuk Ramadan.
09:09Bazaar Sha'alam, ok.
09:11Bukan promote, tapi saya jumpa.
09:13Di sana, ok.
09:14So, kita membayangkan nasi lemak seringgit hari ini, sikitlah jumlahnya.
09:19Ikan bilis pun mungkin kurang lah.
09:21Ikan bilis dikira, dia akan bagi tiga atau lima.
09:24So, kita boleh lihat, shrink flation ini juga berlaku kepada hartanah.
09:30Sebagai contoh, nak kekalkan rumah 300 ribu, maka dia kena kecilkan saiz rumah.
09:36Bukan sahaja kerana memang keluarga mengecil, maka pasaran hartanah itu adjust dan dia bergerak mengikut keperluan saiz keluarga hari ini.
09:48Tapi, kerana kos, nak kekalkan menjual rumah pada 300 ribu, dia terpaksa kecilkan lagi.
09:56So, dulu kan, saya tengok ada viral di media sosial juga.
09:59Dia kata, eh, apa nak jadi kat rumah teras ini?
10:02Dulu 24 kali 80, sekarang 22 kali 70, sekarang ini dah bercerita tentang 20, 60.
10:08Dan dulu kategori rumah murah, 1860, itu dah dianggap sebagai rumah teras yang biasa.
10:16Itulah yang sedang berlaku shrink flation juga lah yang kita kena lihat.
10:20Dan adakah masyarakat modern ini mampu untuk hidup multi-generation ini?
10:29Saya rasa hanya golongan tertentu sahajalah yang betul-betul ada kekuatan ekonomi itu untuk hidup dalam keadaan selesa yang boleh
10:38menjaga anak-anak dan menjaga mak ayah.
10:41Itu kalaulah kita nak menyelesaikan isu inilah orang-orang tua yang keseorangan yang berada di bandar.
10:47Dan bukan itu sahaja apabila kalau kita dah ajak mak ayah untuk duduk bersama kita di bandar.
10:54Bukan mudah untuk anak-anak ini seimbangkan kehidupan pekerjaan, lepas itu nak jaga tanggungjawab sebagai ibu bapa lagi.
11:03So, banyak perkara.
11:04Tapi melihat kepada negara, Malaysia dijangka menjadi negara-negara menjelang 2048.
11:10Daripada sudut hartanah, kita nak lihat sejauh mana kesediaan pasaran untuk menyediakan fasiliti ataupun tempat infrastruktur yang lebih selamat, yang
11:20lebih dekat dengan komuniti.
11:22Sebab ialah bila kita dah mungkin dekat kampung, mungkin kita bolehlah sediakan antara banyak mak bolehlah pergi sini, nak pergi
11:29beli kedai pun senang.
11:30Tapi bila duduk di bandar, mungkin kita tak 24 jam kita dapat tengok macam mana pergerakan ibu bapa.
11:36Tapi adakah kita dekat bandar nak ajak parents duduk dengan kita itu yang sangat tua, umur dia mungkin dah 70
11:41-80an, pergerakan mobiliti itu tak tinggi.
11:45Adakah mereka harus memikirkan perkara itu dan bagaimana kalau mereka dah ada rumah.
11:51Tapi mereka baru sahaja nak ajak ibu ayah ni duduk bersama, apa perkara yang perlu mereka telitikan bila bercakap mengenai
11:58perumahan.
11:59Okey, sejujurnya, kalau kerana ayat tak selalu dijemput di Astro, ayat pun tidak memikirkan isu ini dengan sangat mendalam dan
12:08kritikal.
12:09Sejujurnya, kerana saya dapati Nina dan tim sangat prihatin tentang isu ini.
12:15Dan mungkin media lain pun tidak melihat ini sebagai satu benda yang kritikal.
12:19Mungkin kenapa, 2048 yang disebut, yang itu pun dikeluarkan oleh Kementerian Keuangan.
12:26Kalau kita lihat, KWSP dikeluarkan satu tarikh yang lebih awal, 1943, lima tahun lebih awal.
12:33Okey, takpelah, kita ambil 1948.
12:36Daripada sekarang, 2026, kita ada 22 tahun lagi.
12:41Macam, rasa lama.
12:44Tetapi, 22 tahun ni...
12:46Pejam celik.
12:46Ya, pejam celik je dan kita boleh bayangkan 22 tahun ni adalah satu generasi.
12:52So, beza antara umur mak dengan anak, lebih kurang 25 hingga 35 tahun atau 40 tahun.
12:58So, kalau kita ambil 22 tahun ni sebagai satu generasi, maknanya sebelum cukup satu generasi ni,
13:04anak-anak saya, anak saya juga, itulah yang dia akan hadapi.
13:08Malaysia dalam keadaan negara tua.
13:12Sebenarnya, sekarang ni kita dah negara menua.
13:15Menua ni maksudnya 7% rakyat Malaysia ni dah 65 tahun ke atas.
13:20Negara tua ni 14%.
13:23Okey, apa yang saya lihat, sebenarnya Malaysia dah sedar, mungkin kerana S2 awal ni, dah sedar tentang isu ni.
13:31Tetapi, kita pun tak tahu macam mana nak berdepan dengan isu ni.
13:37Bukan mudah.
13:38Bukan mudah.
13:39Kerana, kerana nak ada rumah pun susah.
13:44Ini nak ada rumah yang akan menyelesaikan masalah 22 tahun lagi atau yang kita akan harapi dalam tahun-tahun yang
13:52akan mendatang.
13:53Tapi, nak menyelesaikan masalah yang akan datang ni, dia tak sampai lagi.
13:58Kerana masalah yang kita berdepan sekarang ni pun belum selesai.
14:03So, ada jugalah dengar kawan-kawan dan industri hartanah ini, dia sedang mencari jalan untuk menyelesaikan isu ni.
14:12Sebagai contoh, dia nak membinakan kampung persaraan.
14:16Rumah-rumah yang ada ekosistem.
14:18Di mana dibinanya macam Nina kata tadi, perkhidmatan untuk orang-orang yang sesuai untuk orang-orang yang umur begitu.
14:28Perkhidmatan perubatan, kesihatan, mobiliti.
14:32Rumahnya perlu di-layout rumah tu pun perlu berbeza.
14:36Dia perlu ada tempat-tempat yang boleh pegang untuk berjalan.
14:41Mungkin ruang-ruang, rumah yang boleh mudah untuk tolak wheelchair.
14:47So, perlu ada perancangan yang begitu.
14:50Tetapi, bayangkanlah kalau nak membina satu perbandaran yang ada ekosistem yang lengkap,
14:56perlu bina perbandaran baru.
14:58Di mana nak bina perbandaran baru?
15:00Kalau nak bina perbandaran begitu di pusat-pusat bandar yang dikatakan dekat dengan anak-anak pun,
15:08tanah dah terlalu mahal.
15:09Maka, kita boleh membayangkan perbandaran seperti ini akan berada jauh juga dari pusat-pusat bandar.
15:16Dan kalaulah kita ada ekosistem yang lengkap, anak-anak dah tak perlu risau.
15:20Oh, mak ayah dijaga.
15:21Tapi, kosnya Nina.
15:24Kosnya sangat tinggi.
15:25Kita boleh membayangkan, adakah RM3,000 ke RM5,000 sebulan cukup untuk mak ayah kita tinggal dalam keadaan yang terjaga
15:38sebegitu.
15:39Kita membayangkan mungkin RM10,000, RM12,000 sebulan.
15:44Kita pun, gaji kita pun tak sampai RM10,000, RM12,000 sebulan nak menghantar mak ayah kepada satu tempat begitu.
15:52Institusi ataupun tempat.
15:54Ya, jadi kita boleh lihatlah sebenarnya masalah ini.
15:59Bila bercakap dengan Nina ini, saya tiba-tiba rasa bulu roma naik ni atas bukan rasa excitement.
16:04Tapi atas rasa gerun dan risau.
16:09Dan kita membayangkan, kita nak hidup dalam zaman pesaraan nanti itu cukup ke duit untuk diri kita.
16:16So, belum lagi nak mikirkan untuk mak ayah kita yang semakin tua itu.
16:20Itu banyak perkara yang perlu kita teliti ya.
16:22Bukan mudah apabila bercakap mengenai perkara ini.
16:25Jadi, mungkin apa nasihat ayat kepada luar sana?
16:29Mereka sudah dengarkan perbincangan ini.
16:31Dan mereka, kesedaran sudah mula muncul dengan lebih besar lagi.
16:37Meluas kesedaran itu awareness.
16:39Di mana, ok, lepas ini maybe tengah rumah sewa.
16:42So, mungkin dalam 20 tahun lagi mereka akan memiliki sebuah rumah.
16:45Pekerjaan yang lebih stabil dan duduk di bandar.
16:48Mungkin pinggir bandar dan mereka ingin ibu bapa lebih dekat dengan mereka.
16:52Jadi, apakah antara, bukan sahaja ibu bapa tapi untuk mereka juga waktu besar nanti.
16:57Mereka juga akan duduk di bandar kan.
16:59So, mereka kena fikir perkara-perkara yang akan membantu ibu bapa mereka sekarang adalah juga pendekatan yang akan membantu mereka
17:05pada masa akan datang.
17:06Jadi, apa nasihat kepada mereka juga yang ingin memiliki rumah ataupun ada keluarga yang kita lihat ibu bapa yang akan
17:13lebih berdua pada bergerak kehadapan.
17:15Ok, mungkin ada dua kategori rakyat.
17:17Satu yang memang sedang berdepan dengan masalah hidup ini.
17:22Dia kena jaga mak ayah di kampung.
17:24Dan apa yang berlaku, Nina, yang kita rasa sedih ialah ramai rakyat Malaysia ini terpaksa berhenti kerja kerana nak menjaga
17:32mak ayah di kampung.
17:33Dan kita boleh melihat, dah belajar tinggi-tinggi, dah dapat kerja yang bagus tapi siapa nak menjaga mak ayah di
17:39kampung?
17:40Dan ini merupakan satu kerugian kepada ekonomi Malaysia kerana mereka boleh menyumbang kepada ekonomi.
17:45Tapi kerana situasi ini menyebabkan mereka terpaksa berhenti kerja dan tidak lagi menyumbang kepada ekonomi secara produktif.
17:52Dan itu ada satu kerugian.
17:53Ok, tapi ada juga yang dalam kategori ini yang sedang berdepan dengan cabaran ini, mereka melihat, ok, apa yang aku
18:00boleh ubah?
18:01Adakah aku boleh mencari kerja-kerja yang berbeza?
18:05Mungkin kerja yang fleksibel, yang hybrid, yang work from home.
18:09Dan sudah mula ada pekerjaan-pekerjaan seperti ini.
18:12Sebagai contoh, ada satu syarikat Ahyad sendiri di mana staf Ahyad memang WFE, work from everywhere.
18:21Ada yang work from Macang, Kelantan, ada work from Kulim, Kedah, ada yang work from Selayang, Selangor dan ada work
18:29from di mana tu?
18:31Di Puncak Alam dan Putrajaya, Selangor.
18:34We work from everywhere kerana bisnes itu membolehkan orang itu bekerja di mana-mana sahaja dan dia boleh menjaga.
18:42Dan untuk pengaturan Nina, staf rakyat yang berada di Kulim itu, dia terpaksa balik Kulim kerana dia menjaga mak yang
18:49sakit dan adik-beradik lain tak boleh nak balik ke kampung.
18:54Ok, itu situasi untuk orang yang berdepan dengan keadaan macam ini.
18:59Tapi ada juga rakyat Malaysia yang dia sebenarnya tengah dibuai mimpi, mungkin dia tidak berdepan situasi itu sekarang.
19:07Sekarang ni mak ayah sihat, ekonomi semua cukup, duit semua cukup, mak ayah di kampung, kita kat sini.
19:13Tapi ahiyat nak mereka ni wake up, bangun dan jangan lalai.
19:18Sekiranya kita diberikan Allah kekuatan dan kesihatan, apa yang kita boleh buat sekarang untuk pastikan bila kita berdepan dengan situasi
19:29di mana mak ayah semakin tua dan sakit mungkin dah perlu dijaga di kampung.
19:33Tapi kita ada kekuatan itu mungkin untuk mendapatkan bantuan luar dan sebagainya.
19:39Dan ini juga akan menentukan bagaimana anak-anak muda sekarang ini membuat keputusan membeli hartanah.
19:46Kerana membeli hartanah ni perlukan satu keputusan yang bijak dan mengambil kira semua keadaan kehidupan yang boleh berlaku.
19:54Termasuk mak ayah makin tua, sakit, berada di kampung.
19:58Itu sebabnya ahiyat pun selalu pesan, siapa-siapa yang bercadang nak beli hartanah itu boleh dapatkan dulu audio book ahiyat
20:06bagi percuma di Instagram.
20:07Mereka boleh download dan dengar dulu 40 pesanan bagaimana nak berfikir tentang membeli rumah.
20:14Dan mungkin selepas audio book itu ada terbuka sedikit pandangan dan pendapat baru.
20:20Dan selepas itu bolehlah membuat keputusan yang lebih selamat dan menguntungkan untuk membeli hartanah.
20:25Betul. Ataupun datang lagi setiap minggu, setiap hari Rabu.
20:28Setiap hari Rabu.
20:29Untuk mendengarkan. Aku pasang daripada ayat untuk kita memahami lebih dalam mengenai pasal hartanah.
20:33Nah, jelas syabaran sebenar bukan sahaja bagaimana untuk kita membina lebih banyak rumah.
20:38Tapi untuk membina ekosizm tempat tinggal yang lebih manusiawi, lebih fleksibel dan juga memenuhi keperluan negara yang sedang menua ini.
20:45Sudah itu ia berkaitan banyak melibatkan reka bentuk komuniti, akses kepada penjagaan, mobiliti pekerjaan dan juga pembangunan wilayah termasuk kesejahteraan
20:55warga emas itu sendiri.
20:56Sekali lagi, saya nak ucapkan terima kasih kepada Dato' Ahyad Ishak, merupakan pengasas komuniti pejuang hartanah.
21:01Dan setelah itu, setiap perkongsian yang amat bernilai ini akan kami rangkumkan dalam astroani.com dan di semua platform digital
21:08Astro Awani.
21:09Saya nak ucapkan terima kasih ayat dan harap kita akan jumpa lagi.
21:12Jumpa lagi.
21:12Dan setelah itu, setiap perkongsian ini akan kami rangkumkan dalam astroani.com dan di semua platform digital Astro Awani.
Comments

Recommended