00:00Persekutuan Bola Sepak Iran FFIRI memaklumkan pasukan negara itu sedang membuat persiapan untuk menyertai Piala Dunia FIFA 2026
00:08namun ia bergantung kepada penerimaan jaminan kukuh daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA.
00:15Presidennya Mehdi Taj berkata keputusan penyertaan pasukan Iran akan dibuat selepas bertemu dengan Presiden FIFA Gianni Infantino
00:23dan Setiausaha Agong FIFA Matthias Grafstom pada satu masa yang akan diumumkan nanti.
00:31Jelas Mehdi pertemuan bagi memastikan tiada isu berulang seperti insiden yang berlaku di Kanada baru-baru ini.
00:39Menurut Mehdi, pihak Iran mengharapkan jaminan bahawa pasukan kebangsaan tidak akan berdepan sebarang sekatan kemasukan
00:46atau layanan tidak hormat khususnya terhadap institusi negara Iran.
00:51Tegasnya, Iran tidak mempunyai sebarang masalah dengan Amerika Syarikat
00:55dan menekankan bahawa pasukan itu layak ke piala dunia berdasarkan prestasi sukan.
01:01Tambah beliau, tuan rumah sebenar kejohanan itu ialah FIFA dan bukannya mana-mana negara secara individu.
01:09Sehubungan itu, Iran merancang untuk mengadakan dua pelawanan persahabatan di Turki
01:13dan satu lagi di Amerika Syarikat sebagai persiapan menjelang kejohanan tersebut.
01:18Pada April, pegawai Amerika Syarikat memaklumkan bahawa atlet Iran tidak dijangka berdepan sekatan
01:24namun beberapa individu pengiring berkemungkinan terkesan.
01:28Presiden FIFA turut menyatakan bahawa Iran dijangka menyertai kejohanan itu
01:32memandangkan pasukan berkenaan telah layak ke piala dunia 2026.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments