Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Iran meneruskan serangan peluru berpandu dan dron ke atas UAE meskipun gencatan senjata dilanjutkan. Serangan mencetuskan gangguan penerbangan, kebakaran depot minyak Fujairah dan amaran keselamatan kepada orang awam.
Transcript
00:00Tentera Iran menyerang Emiriyah Arab Bersatu UAE menggunakan peluru berpandu dan drone untuk hari kedua berturut-turut.
00:08Kementerian Pertahanan UAE memaklumkan bahawa pihaknya bertindak balas terhadap serangan itu.
00:16Pihak berkuasa pelindungan bencana menggesa orang ramai agar berlindung dan mengikuti saluran rasmi untuk mendapatkan amaran serta maklumat terkini.
00:26Mereka turut menasihatkan agar sepihan yang jatuh tidak disentuh, dihampiri atau dirakam gambar.
00:33Iran menyambung semula serangan ke atas UAE pada Isnin buat pertama kali sejak kecata senjata berkuat kuasa 4 minggu lepas.
00:42Berikutan itu, beberapa penerbangan menuju ke UAE terpaksa dilencongkan ke masket Oman.
00:48Manakala pesawat lain berlega di ruang udara Arab Saudi susulan gangguan besar terhadap trafik udara.
00:54Kementerian Pertahanan UAE sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya berjaya memintas tiga peluru berpandu Iran di ruang perairan wilayahnya.
01:03Manakala satu lagi dilaporkan terhempas ke laut.
01:06Presiden AS Donald Trump baru-baru ini melanjutkan kecata senjata itu secara persetujuan sepihak tanpa had masa.
01:14Tentera Iran menyifatkan serangan mereka sebagai tindak balas terhadap inisiatif AS untuk membuka semula selat hormus yang disekat.
01:23Serangan pada Isnin turut menyebabkan kebakaran di depo minyak di pelabuhan Fujairah di Teluk Oman di luar selat itu.
01:30Dalam reaksinya, media kerajaan Iran yang memetik seorang pegawai kanan tentera melaporkan bahawa Tehran sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk
01:39menyasarkan UAE.
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended