Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang mendapatkan rawatan di hospital dalam keadaan berlumuran darah membawa kepada penahanan dirinya bersama teman lelaki, selepas dipercayai terlibat dalam kes menggugurkan kandungan. Siasatan polis mendapati kejadian itu dirancang lebih awal dan melibatkan cubaan menyembunyikan janin. Kes kini disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek dijangka didakwa di Mahkamah Ayer Keroh.
Transcript
00:00Seterusnya, tindakan seorang remaja perempuan mendapatkan rawatan di hospital akibat pendarahan membongkar perbuatannya bersama teman lelaki yang cuba menggugurkan kandungan
00:10berusia lima bulan, dipercayai dengan mengambil pil.
00:13Ketua Polis Melaka, Datuk Zul Khairi Mukhtar berkata, kejadian pada 25 April lalu terbongkar selepas pihaknya menerima laporan pegawai perubatan
00:22di Hospital Melaka pada jam 6.50 petang.
00:27Hasil siasatan mendapati remaja terbabit dipercayai mengambil pil bagi menggugurkan kandungan yang mengakibatkan pendarahan serius selepas uri berjaya dikeluarkan.
00:37Selain itu, remaja berkenaan juga memaklumkan bahawa janin yang keluar tidak bernyawa dan telah ditanam oleh teman lelakinya di lokasi
00:45yang tidak diketahui.
00:46Selain itu, remaja berkenaan juga memaklumkan bahawa janin yang keluar tidak bernyawa dan telah ditanam oleh teman lelakinya di lokasi
00:53yang tidak diketahui.
00:55Sesulan maklumat itu, polis menahan teman lelaki remaja berkenaan yang juga berusia 18 tahun sekitar jam 11.40 malam pada
01:0325 April lalu.
01:05Polis kemudiannya menahan remaja perempuan terbabit pada jam 3.15 petang 5 Mei lalu selepas dia dibenarkan keluar dari hospital.
01:13Menurut Zulkairi, kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan hasil saringan air kencing mendapati mereka bebas daripada pengambilan
01:21dadah.
01:21Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
01:31jika sabit kesalahan.
01:33Satu kertas siasatan juga dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Melaka dan arahan telah diberikan untuk mendakwa suspek lelaki di
01:41bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan
01:43manakala suspek perempuan akan didakwa di bawah Seksyen 315 Kanun yang sama.
01:49Jelas Zulkairi, kedua-dua suspek dijangka akan dituduh di Mahkamah Aikerov pada Jumaat ini.
Comments

Recommended