Skip to playerSkip to main content
Kerajaan mengarahkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan milik agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) berkuat kuasa serta-merta bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diputuskan bagi meringankan beban peniaga kecil dan penjaja susulan tekanan kos akibat krisis bekalan global yang kian meruncing.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778557/berita/nasional/kadar-sewa-premis-perniagaan-milik-mara-uda-pbt-dikurangkan

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #KadarSewa #PremisPerniagaan #MARA #UDA

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pekat yang kedua, terkait dengan keluhan kakak di Rawang itu, saya berikhtiar mencari kaedah untuk mengurangkan beban mereka mengikut keupayaan
00:22kita.
00:22Saya fikir yang langkah pertama yang harus kita lakukan ialah mengurangkan kadar sewa.
00:29Kebanyakan kedai-kedai ini dimiliki oleh syarikat-syarikat kerajaan atau agensi kerajaan seperti Mara dan UDA akan mulai bulan ini
00:43juga, mulai sekarang, akan mengurangkan kadar sewa di semua premis perniagaan mereka.
00:50Dan mereka akan umumkan mengikut daerah dalam masa yang terdekat.
01:01Dan meneladani langkah Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur telah menurunkan kadar sewaan, saya ingin menyeru semua pihak berkuasa tempatan, negeri
01:17-negeri, untuk menurunkan kadar sewaan mulai bulan ini.
01:24Dan saya ucap terima kasih kerana Menteri Besar Selangor, Datuk Meludin Syahri telah menyambut secara positif dan kemungkinan dalam masa
01:38tertekat, menurunkan kadar sewa semua premis perniagaan.
01:45Terutama bagi peniaga kecil, penjaja dan kedai-kedai makanan.
01:55Tentunya ini bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri yang lain dan saya ingin menggesa mereka menurunkan kadar segera dan berkuasa
02:10bulan ini juga
02:11untuk mengurangkan tekanan dan beban yang memang dihadapi oleh peniaga dan penjaja ini.
Comments

Recommended