Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menekankan keperluan memperkukuh pelaburan dalam utiliti seperti tenaga elektrik dan bekalan air, serta menilai semula struktur tarif bagi memastikan manfaat AI dapat dinikmati secara mampan.
Transcript
00:00Perkembangan pesat dan penggunaan kecerdasan buatan AI dan teknologi dilihat bukan sahaja mampu meningkatkan produktiviti dan kecekapan pasaran pekerjaan, malah
00:10mengubah cara aktiviti ekonomi dijalankan secara menyeluruh.
00:14Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzal Nizam Abdul Rashid, manfaat AI perlu disokong ekosistem asas yang
00:23kukuh, terutama bekalan elektrik, air dan infrastruktur berkaitan.
00:31industri sokongan ataupun ekosistem AI itu sendiri juga perlu diperhatikan juga kerana kita sudah maklum pertama dia banyak menggunakan data
00:41center, pusat data kemudian kita tahu pusat data ini dia banyak menggunakan bahan api ataupun elektrisiti kemudian apa ini bekalan
00:50air justru infrastruktur ini perlu dilihat.
00:53Kalau contoh bekalan air perlu cukup, kalau nak kata bekalan air perlu cukup maksudnya pelaburan dalam sektor air itu perlu
01:01ditingkatkan dan ini menuntut bagaimana tarif air itu ditentukan.
01:07Apa yang kita maklumkan memang tarif air telah boleh dinaikkan tetapi kadar tarif itu masih lagi rendah daripada kos untuk
01:13menjana air tersebut.
01:15Jadi isu tarif ini juga perlu dilihat juga.
01:18Dr. Afzal Nizam turut melihat struktur tarif air sebagai antara perkara yang perlu dinilai semula memandangkan kadar semasa masih rendah
01:27berbanding kos sebenar penyediaan bekalan.
01:29Menurut beliau, usaha memanfaatkan AI secara mampan tidak boleh hanya bergantung kepada pembangunan teknologi tetapi turut memerlukan asas infrastruktur yang
01:39kukuh.
01:40Keseimbangan antara kemajuan AI, pelaburan utiliti dan penyesuaian dasar akan menjadi penentu kepada keupayaan Malaysia meraih manfaat ekonomi digital dalam
01:51jangka panjang.
Comments

Recommended