Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pahang meminta kepastian segera daripada Selangor mengenai sebarang perubahan lokasi SUKMA 2026 bagi mengelakkan kos tambahan, susulan tempahan awal penginapan dan persiapan hampir 1,000 anggota kontinjen.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Pahang memohon keputusan segera berhubung sebarang perubahan lokasi pertandingan Sukan Malaysia Suk Madu 2026 di Selangor bagi mengelakkan
00:10pertambahan kos susulan tempahan awal yang telah dibuat.
00:14Menurut pengerusi jawatan kuasa komunikasi dan multimedia Belia, Sukan dan Bada-Badan Bukan Kerajaan Negeri Fazli Mohd Kamal, perkara itu
00:23timbul susulan penganjur tidak menyediakan perkampungan atlet serta cadangan perubahan lokasi acara Sukan daripada kemudahan milik swasta kepada kemudahan Sukan
00:33awam.
00:37Ujarnya, pihaknya berharap agar pihak Tuan Rumah dapat memberi maklum balas segera kerana penginapan telah ditempah dan jika berlaku perubahan
00:45lokasi, ia akan melibatkan kos tambahan yang perlu diatur semula.
00:49Beliau berkata demikian selepas Majlis Anugerah Sukan Pahang 2023-2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah pada selasa.
00:58Pada majlis itu, Tengku Mangkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada atlet, jurulatih dan persatuan Sukan
01:07Negeri.
01:08Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Negeri Selangor bercadang melaksanakan langkah penjimatan dengan mengurangkan hampir separuh kos asal penganjuran Sukma 2026
01:18yang dijadwal berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos ini.
01:22Fazli berkata, sebarang perubahan lokasi pertandingan akan memberi implikasi kewangan tambahan kepada Kerajaan Negeri yang akan menghantar kira-kira seribu
01:31anggota kontingen termasuk lebih 700 atlet.
01:34Beliau turut berharap semua acara yang telah dipersetujui bagi Sukma 2026 dikekalkan bagi mengelakkan kerugian kepada atlet dan kontingen negeri
01:44yang telah membuat persiapan rapi sejak hampir dua tahun lepas.
01:48Mengulas sasaran Pahang pada temasyak itu beliau berkata, perkara berkenaan masih diperhalusi bersama Ketua Kontingen Pahang, Kaizul Nizam Mohd Zuldin
01:58yang sedang menilai prestasi setiap sukan sebelum dimuktamadkan.
Comments

Recommended