Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Hari kedua rakaman percakapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion.
Transcript
00:00Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini menyambung rakaman percakapan di Ibu Pejabat Bangunan Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah
00:07Malaysia di Putrajaya.
00:09Ia adalah hari kedua bagi Ahli Parlimen Pandan itu untuk diambil rakaman percakapan bagi tujuan membantu siasatan berkait kes pelaburan
00:16bernilai 1.1 bilion ringgit.
00:19Rafizi tiba pada jam 9.30 pagi dan memaklumkan beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan siasatan setakat ini
00:27hanya berkaitan dengan prosedur dijalankan.
00:29Terus bersama rakan setugas, Faidah Rahim di Putrajaya untuk butiran lanjut.
00:35Terima kasih rakan setugas di Estro pada ketika ini.
00:39Kami berada di hadapan bangunan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya yang mana hari ini memasuki hari kedua bagi rakaman percakapan
00:52melibatkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli
00:56bagi membantu siasatan berkait kes pelaburan bernilai 1.1 bilion ringgit.
01:03Yang mana apa yang dapat saya kongsikan pada pagi ini, Datuk Seri Rafizi Ramli tiba di Ibu Pejabat SPRM pada
01:12jam 9.30 pagi
01:14dan turut kelihatan adalah Ahli Parlimen Titi Wangsa YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju YB
01:27Zahir Hassan.
01:29Dan dalam pagi itu juga ketika ditunggui Datuk Seri Rafizi Ramli juga memaklumkan bahawa tiada apa-apa yang hendak disembunyikan.
01:38Dan beliau mengulangi ayat itu di mana semalam beliau memaklumkan nothing to hide ketika ditemui pemberita.
01:48Dan dalam pagi itu juga beliau menjelaskan bahawa proses soal siasat biasanya berjalan mengikut kronologi peristiwa.
01:56Dan jelas beliau lagi semalam soalan siasat mengenai bahagian tertentu manakala pada hari ini pula adalah bahagian baru.
02:04Dan Datuk Seri Rafizi Ramli juga menjagakan proses hari ini berkemungkinan akan berakhir pada petang ini.
02:13Dan beliau juga sempat berkongsi informasi bahawa beliau mendapat layanan pihak SPRM dengan baik sekali dan lancar tanpa sebarang masalah.
02:24Dan daripada itu juga beliau menjagakan keseluruhan proses siasatan akan mengambil masa beberapa hari memandangkan setiap bahagian perlu diperincikan mengikut
02:34rekod dan kronologi.
02:36Dan daripada itu juga pada pagi ini Datuk Seri Rafizi Ramli tiba di ibu pejabat SPRM menaiki sebuah kenderaan SUV
02:46Volvo C60 berwarna gelap dan memakai kemeja putih dan juga suit hitam.
02:52Dan itu sahaja yang dapat kami bawakan dari lapangan dan kami akan bawa info lanjut di portal kami di astroawani
03:01.com.
03:02Kita kembali ke studio. Terima kasih.
Comments

Recommended