Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bersetuju bahawa kedua-dua pihak akan memastikan apa jua keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang boleh mencetuskan sebarang bentuk sensitiviti dan membuka ruang perselisihan mesti segera dirujuk kepada majlis berkenaan.
Transcript
00:00Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan Pakatan Harapan PH sepakat kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi
00:09kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.
00:11Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan bersama oleh Setiusaha Agung Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiusaha Agung UMNO
00:21Datuk Ashraf Wajdi Dusuki pada selasa.
00:25Menurut kenyataan dalam majlis dipengerusikan pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
00:33UMNO dan PH tujuh memastikan apa jua keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang boleh mencetuskan sebarang bentuk sensitiviti dan membuka ruang
00:41persedisihan segera dirujuk kepada majlis berkenaan.
00:45Antara lain menghormati pendirian diputuskan kedua-dua biro politik masing-masing dalam menyentuh isu di Negeri Sembilan.
00:51Sebelum ini Ashraf berkata mesyuarat tersebut diputuskan susulan resolusi biro politik UMNO yang mahu kedua-dua pihak duduk berbincang bagi
00:59menyelesaikan isu melibatkan dasar serta kedudukan parti dalam kerajaan negeri.
01:04Kemelut di Negeri Berkenaan tercetus susulan penarikan sokongan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Barisan Nasional BN yang menyatakan hilang
01:12kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai menteri besar.
Comments

Recommended