00:00Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai pindaan perlembagaan berkaitan pengasingan peranan peguam negara dan pendawaraya menyasarkan untuk memuktamadkan rang undang-undang
00:11RUU berhubung perkara itu dalam masa terdekat sebelum dibentangkan menjelang mesyuarat terakhir 18 Mei ini.
00:18Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Uthman Said berkata, sasaran itu dibuat susulan
00:26penelitian lanjut terhadap syur-syur yang telah dipersetujui sebelum ini.
00:33Azalina berkata mesyuarat jawatan kuasa bilangan kelima yang dipengerusikannya pada selasa memberi tumpuan kepada penggubalan RUU berkenaan.
00:41Dalam mesyuarat itu, jawatan kuasa telah mendengar pembentangan daripada Jabatan Peguam Negara mengenai cadangan draf RUU baru yang dirangka berdasarkan
00:52syur-syur tersebut.
00:54Azalina berkata kerajaan kekal komited memastikan proses pengasingan peranan peguam negara dan pendawaraya dilaksanakan secara teliti, berprinsip dan berlandaskan perlembagaan.
01:06Katanya langkah itu selaras dengan usaha memperkuku doktrin pengasingan kuasa serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara.
Comments