Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hari kedua selepas lebih sembilan jam berada di ibu pejabat suruhanjaya itu pada Selasa.

Transcript
00:00Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafi Ziramli selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM untuk hari kedua
00:08selepas lebih sembilan jam berada di ibu pejabat Suruhanjaya itu pada selasa.
00:13Beliau yang beredar dari perkarangan ibu pejabat pada jam 7.20 malam sebelum itu
00:19memaklumkan bahawa proses yang dilaluinya sepanjang dua hari ini adalah prosedur biasa
00:24di mana beliau dipanggil untuk memberikan penjelasan serta dirujuk kepada dokumen-dokumen tertentu oleh pihak berkuasa.
00:33Jelasnya lagi kerjasama yang diberikan beliau berasaskan kepada rekod rasmi kerajaan sedia ada
00:38sekaligus memudahkan urusan soal siasat memandangkan segala maklumat tersebut berada dalam simpanan pihak berkuasa.
00:45Alhamdulillah maksudnya proses ini sama macam semalam lah kan.
00:49Jadi proses bagi mereka yang belum pernah dirakam keterangan
00:58proses dia biasalah sama ada pihak berkuasa tanya sesuatu kita bagi jawapan kita
01:05ataupun kita dirujuk kepada sesuatu perkara kita bagi jawapan kita.
01:10Jadi setakat ini sebenarnya semua soal siasat itu dan rakaman itu ialah bersabit dengan fungsi saya dahulu
01:28dan itu mudahlah untuk saya lalui kerana memang rekod-rekod kerajaan itu ada.
01:35Jadi cuma dia panjang itu kerana dia banyak dokumen yang perlu kita semak satu-satu.
01:43Menurut beliau kesemua dokumen yang dirujuk dalam siasatan tersebut adalah dokumen rahsia kerajaan
01:48yang dikumpulkan sendiri oleh pihak SPRM sepanjang siasatan dijalankan
01:52dan beliau sendiri tidak memiliki simpanan peribadi bagi dokumen berkenaan.
01:57Jadi segala yang SPRM dah kumpul dalam siasatan mereka
02:03yang itu terpulang kepada mereka lah kalau dia nak rujuk kepada saya dalam merakam percakapan
02:10ataupun dia nak dapat pandangan kan.
02:13Jadi itu proses biasa siasatan lah.
02:18Tapi saya memang tak ada dokumen apa-apa kerana
02:21semua yang bersabit dengan urusan menteri, dokumen itu semua rahsia.
02:28Jadi kalau saya ada dokumen memang aku masuk ke dalam lah.
02:32Semua dokumen rahsia kan.
02:34Jadi semua dokumen itu ialah apa-apa yang ada itu ialah dalam bidang kuasa pihak penyiasat lah.
02:43Mengulas lanjut, Rafizi mengesahkan bahawa rakaman percakapan tersebut
02:47akan disambung semula pada jam 2 petang Rabu bagi melengkapkan baki siasatan.
02:52Rafizi hadir ke ibu pejabat SPRM pada jam 9.30 pagi selasa
02:57bagi membantu siasatan berkait kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion.
03:02Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended