Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, berkata langkah itu perlu diambil segera bagi mengelakkan ekonomi Thailand terjerumus ke dalam kancah stagflasi berikutan konflik yang berlarutan di Asia Barat.
Transcript
00:04Kabinet Thailand pada selasa meluluskan draft dekri kecemasan bagi membolehkan kerajaan membuat pinjaman sehingga 400 bilion baht, kira-kira 52
00:15bilion ringgit.
00:17Langkah itu dibuat bagi menangani kesan krisis tenaga global serta mempercepatkan peralihan negara itu ke arah tenaga bersih.
00:25Perdana Menteri Anutin Chan Virakul berkata langkah itu perlu diambil segera bagi mengelak ekonomi Thailand terjerumus ke dalam kancah stagflasi
00:33berikutan konflik Asia Barat.
00:35Tegasnya krisis tersebut menyebabkan kenaikan mendadak harga tenaga dan makanan sekaligus memberikan tekanan besar kepada kos serhidup rakyat di seluruh
00:44negara.
00:44Ujah beliau tugas kerajaan adalah untuk menghalang ekonomi negara daripada berdepan inflasi tinggi dan pertumbuhan perlahan secara serentak.
00:52Selain tindakan pantas itu penting bagi melindungi kebajikan rakyat.
00:56Menerusi peruntukan berkenaan, kerajaan akan melaksanakan pakej rangsangan Thai Helps Thai
01:02yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 20 juta penduduk berpendapatan rendah dan sederhana bermula Jun ini.
01:09Program tersebut merangkumi pemberian bantuan tunai bulanan,
01:12bantuan kepada pemegang kad kebajikan negeri serta pelaksanaan skim subsidi pembelian barangan keperluan secara perkongsian kos
01:19pada kadar 60-40 antara kerajaan dan pengguna.
01:24Selain bantuan serhidup, sebahagian dana pinjaman itu turut disalukan untuk menyokong sektor pertanian
01:30menerusi subsidi baja dan input pengeluaran,
01:33selain membiayai projek peralihan tenaga bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api fosil.
01:40Draf dekri kecemasan itu dijadual dibentangkan di Parlimen Thailand
01:43untuk kelulusan rasmi pada minggu hadapan.
Comments

Recommended