Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut penghakiman itu, penggunaan AI merupakan pilihan pengurusan perniagaan, dan tidak boleh dianggap sebagai “perubahan objektif besar” yang membolehkan kontrak pekerjaan ditamatkan mengikut undang‑undang buruh China.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah mahkamah di China memutuskan majikan tidak dibenar memberhentikan pekerja semata-mata kerana mahu menggantikan mereka dengan sistem kecerdasan buatan
00:09AI bagi menjimatkan kos operasi.
00:12Keputusan itu diputuskan Mahkamah Rakyat Pertengahan Hangzhou baru-baru ini.
00:19Mahkamah mendapati sebuah syarikat teknologi bertindak secara tidak sah apabila memberhentikan seorang pekerja kanan selepas beliau menolak penurunan pangkat dan
00:29potongan gaji besar, susulan tugas asalnya diambil alih AI.
00:33Menurut penghakiman itu, penggunaan AI merupakan pilihan pengurusan perniagaan dan tidak boleh dianggap sebagai perubahan objektif besar yang membolehkan kontrak
00:43pekerjaan ditamatkan mengikut Undang-Undang Buruh China.
00:46Dalam kes tersebut, pekerja bernama Chow yang bertugas sebagai penyelia jaminan kualiti bergaji 25,000 yuan, kira-kira 16,400
00:55ringgit sebulan, telah ditawarkan jawatan lain dengan pengurangan gaji sebanyak 40% kepada 15,000 yuan, kira-kira 9,800
01:04ringgit selepas peranannya diganti secara otomatik.
01:08Apabila beliau menolak tawaran berkenaan, syarikat bertindak menamatkan perkhidmatannya atas alasan penstrukturan semula.
01:15Namun mahkamah memutuskan majikan gagal memenuhi kewajipan rundingan yang munasabah termasuk menyediakan penempatan alternatif yang setimpal atau latihan semula.
01:25Mahkamah sama sekaligus memerintahkan pampasan dibayar kepada pekerja tersebut.
01:30Keputusan itu turut menegaskan kos transformasi teknologi tidak boleh dipindahkan sepenuhnya kepada pekerja
01:36dan majikan bertanggungjawab mencari penyelesaian yang adil melalui rundingan, latihan semula atau penugasan semula sebelum mempertimbangkan langkah pemberhentian.
Comments

Recommended