Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu dilaksanakan susulan arahan Perdana Menteri agar agensi kerajaan yang menguruskan premis perniagaan mengambil pendekatan lebih proaktif dalam meringankan kos operasi penyewa.

Transcript
00:00Bajli Samanah Rakyat Mara akan memberikan diskaun sewaan sehingga 20% kepada lebih 7,135 lot perniagaan di bawah seliaannya
00:09di seluruh negara sebagai usaha membantu perniagaan kecil berdepan tekanan ekonomi semasa.
00:15Pengurusi Mara Dato' Ashraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu dilaksanakan susulan arahan Perdana Menteri agar agensi kerajaan yang menguruskan premis
00:24perniagaan mengambil pendekatan lebih proaktif dalam meringankan kos operasi penyewa.
00:30Menurutnya inisiatif tersebut bukan saja melibatkan pengurangan sewaan malah turut merangkumi bantuan penjadualan semula bayaran pinjaman dan sewaan bagi penyewa
00:41serta peminjam yang terjejas aliran tunai.
00:44Di pihak Mara kita telah pun menerima arahan daripada amat-amat Perdana Menteri untuk kita membantu penyewa-penyewa premis-premis
00:52perniagaan di Mara Mara lebih daripada 7,135 lot-lot perniagaan seluruh negara.
01:00Kita akan memberikan diskaun sehingga 20% kepada penyewa-penyewa ini dalam tempoh krisis ekonomi yang sedang melanda.
01:09Dalam pada itu jelasnya timbalan Perdana Menteri turut mengarahkan agar Mara membuka ruang kepada semua penyewa dan peminjam yang menghadapi
01:18kesukaran kewangan untuk mendapatkan bantuan penstrukturan semula bayaran.
01:22Langkah itu bagi membantu mereka mengurus aliran tunai dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Comments

Recommended