00:00Elon Musk setuju membayar sejumlah kecil denda bagi menamatkan saman kerajaan Amerika Syarikat
00:06yang meruduh beliau melanggar peraturan pasaran saham ketika secara rahsia
00:10membeli saham Twitter sebelum pengambil alihan platform media sosial itu
00:14bernilai 44 bilion dolar Amerika pada 2022.
00:19Di bawah perjanjian itu, sebuah amanah milik Musk akan membayar denda 1.5 juta dolar Amerika.
00:27Dokumen perjanjian itu difalkan di Mahkamah Persekutuan Washington dan masih memerlukan kelulusan hakim.
00:34Kes berkenaan berpunca daripada kegagalan Musk mematuhi tempoh statutory untuk memaklumkan pihak berkuasa
00:39apabila beliau terus meningkatkan pegangan saham Twitter sebelum pengambil alihan tersebut.
00:45Peguam Musk Alex Spiro menyifatkan keputusan itu sebagai satu pembilaan sambil berkata
00:49anak guamnya kini telah dibersihkan daripada semua isu berkaitan kelewatan pemfailan dokumen
00:54dalam pemerolehan Twitter.
00:56Dalam email kepada AFP, Spiro menegaskan perjanjian dengan kerajaan Amerika itu bukan satu penyelesaian kes
01:03kerana Musk tidak melakukan sebarang kesalahan.
01:06Kes itu tertumpu kepada satu peraturan mudah iaitu apabila seorang pelabur membeli lebih 5% saham
01:12sesebuah syarikat tersenarai awam, undang-undang mewajibkan pendedahan dibuat dalam tempoh 10 hari.
01:18Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa SEC pada Januari 2025 memaklumkan Elon Musk lewat 11 hari daripada tempoh ditetapkan
01:27ketika beliau membina pegangan dalam Twitter pada awal 2022 yang membolehkannya menjimatkan kira-kira
01:33150 juta dolar Amerika tanpa perlu memulangkan keuntungan tersebut sekaligus merugikan pemegang saham lain.
01:40Melalui penyelesaian dengan SEC, amanah miliknya hanya perlu membayar penalti 1.5 juta dolar Amerika tanpa mengaku salah
01:49dan kes terhadapnya dicangka digugurkan jika diluluskan mahkamah.
01:54Dalam kes berasingan, juri turut memutuskan Musk mengelirukan pelabur dengan potensi ganti rugi sehingga 2 bilion dolar Amerika
02:01walaupun beliau bercadang merayu.
02:03Ini merupakan kali kedua Musk mencapai penyelesaian dengan SEC selepas didenda 20 juta dolar Amerika pada 2018
02:10berkaitan dakwaan pensuastaan Tesla.
Comments