00:00Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Mada menyifatkan reaksi pantas kerajaan untuk mendahulukan bayaran insentif pembajakan padi sebanyak RM200 kepada pesawah,
00:09memberi kelegaan untuk golongan berkenaan memulakan proses penanaman padi bagi musim ini.
00:15Pengurusnya Datuk Dr. Ismail Saleh berkata, keputusan kerajaan itu juga membuktikan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
00:23sentiasa mendengar keluhan golongan petani dan meletakkan mereka sebagai keutamaan.
00:30reaksi yang sangat cepat daripada Perdana Menteri apabila tuntutan daripada pesawah-pesawah kita.
00:37Dan kali ini, kali ini tindakan Datuk Seri adalah memberi pendahuluan.
00:44Bagi aktiviti pembajakan itu berjalan dulu, hari itu tambah.
00:49Tapi hari ini bagi insentif supaya segera dapat buat tanah, buat aktiviti penyediaan tanah
00:59dan saya kira ini sesuatu yang sangat positif.
01:04Dalam perkembangan sama, Ismail turut menzahirkan keyakinan kerajaan akan menunaikan permintaan petani
01:10membabitkan isu pemberian subsidi diesel atau fleet card melalui sistem kawalan diesel bersubsidi SKDS
01:18dalam tempoh terdekat.
01:20Tetapi setakat ini, Kementerian Keuangan Kerajaan kita hanya meningkatkan jumlah upah tadi,
01:28insentif upah tadi, saya yakin satu hari nanti fleet card itu juga akan diperkenankan kepada peladang-peladang kita.
01:35Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan mendahulukan bayaran insentif pembajakan padi
01:41sebanyak RM200 kepada 240,000 pesawah berdaftar sebagai sebahagian daripada ikhtiar bantuan khas
01:48bagi meringankan beban golongan tersebut.
01:51Menurut beliau, langkah itu adalah sebahagian daripada bantuan khas pesawah yang sebelum ini
01:55telah dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektare seperti diumumkan pada April lalu.
Comments