- 2 days ago
Perbincangan bersama Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan meneliti pemangkin di sebalik lonjakan pasaran global, kesannya kepada Bursa Malaysia serta sama ada momentum ini mampu bertahan ketika harga minyak kekal tinggi melebihi USD100 setong dan risiko geopolitik masih membayangi sentimen pelabur.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pasaran global terus mencatatkan prestasi memberangsangkan minggu lalu dengan S&P 500 mencapai paras tertinggi baharu sepanjang masa, didorong oleh
00:09lonjakan pendapatan sektor teknologi serta jangkaan kesabilan kadar faedah global.
00:14Di peringkat domestik, FBM KSI bersama FBM 70 dan FBM Small Cap terus mencatat prestasi bulanan yang positif bagi April,
00:22disokong oleh aliran masuk dana asing secara selektif serta kekuatan sektor berasaskan permintaan domestik.
00:28Namun persoalan utama kekal sama, adakah momentum ini mampu bertahan dalam persekitaran harga minyak yang masih tinggi melebihi 100 dolar
00:36Amerika setong?
00:37Dengan itu kita mempersilahkan pakar untuk bantu kami fahami situasi ini adalah Mohd Siddiq Jantan, pengarah strategi pelaburan dan ekonomi
00:44IPPF yang berharga.
00:46Saya nak ucapkan terima kasih Siddiq. Pertama sekali, apa antara pemangkin utama disebalik lonjakan pasaran global ketika ini?
00:54Okey, baik Nina. Kalau kita lihat dan berhati dalam keadaan ekonomi global, kenaikan ini agak tertumpu dan tidak sepenuhnya menyeluruh.
01:06Sebab kalau kita tengok S&P 500 dia memang mencapai paras tinggi baru tapi ianya banyak dipacu oleh sektor teknologi
01:14khususnya syarikat yang berkaitan dengan AI, cloud dan juga digital infrastructure.
01:19So kalau kita lihat untuk minggu lepas, laporan pendapatan mereka bukan sahaja kukuh tapi konsisten mengatasi jangkaan pasaran.
01:28So dalam masa yang sama, pasaran semakin yakin bahawa kitaran pengetahuan dasar monetary sudah hampir ke penghujung.
01:36Walaupun kadar faedah kalau kita lihat di Amerika Syarikat bila FOMC mengekalkan kadar faedah pada 3.50 hingga 3.75,
01:44ianya kita lihat masih tinggi, kestabilan ini cukup untuk mengurangkan ketidaktentuan.
01:51So ini yang menjadikan kalau saya katakan pelabur lebih selesa untuk kembali mengambil risiko.
01:58Namun begitu kalau kita lihat, kenaikan ini lebih kepada pelarasan semula jangkaan berbanding dengan perubahan asas ekonomi.
02:07So risk premium kalau kita tengok dia semakin mengecil dan ini menyebabkan pasaran nampak kuat.
02:14Tapi dalam masa yang sama, ia juga menjadikan pasaran lebih sensitif kepada sebarang kejutan.
02:19Sama ada daripada data inflasi ataupun dasar ataupun keadaan geopolitik.
02:25Dan Sidiq, dalam keadaan pasaran global yang semakin optimistik ini,
02:29sejauh mana Malaysia benar-benar mendapat manfaat dan adakah kekuatan ini bersifat mampan?
02:35So kalau kita tengok keadaan perbandingan antara pasaran global, Asia dan juga pasaran Malaysia,
02:41Malaysia kalau kita tengok dia jelas mendapat manfaat daripada perubahan sentimen global.
02:46Sebab bila sentimen pelabur meningkat, kebanyakan pelabur institusi dan juga pelabur corporate di Amerika Syarikat
02:53ataupun di negara membangun, negara maju dia akan pergi ataupun mengalihkan portfolio mereka ke negara membangun.
03:00So salah satu negara membangunnya adalah Malaysia tetapi lebih menarik kalau kita tengok keadaan Malaysia itu sendiri
03:06sebab FBM KSI walaupun menunjukkan peningkatan namun pemacu ataupun peningkatan utama bukan kita tengok pada big cap saham berwajaran besar
03:18tapi kalau kita tengok pengukuhan lebih ketara dalam mid cap dan juga small cap yang menunjukkan berlakunya
03:24saya katakan sector rotation.
03:27So ini jelas menunjukkan persekitaran risk on.
03:31So saya boleh katakan pelabur dia semakin yakin mula dan mula beralih daripada saham defensif dan large cap
03:40kepada segmen mid cap dan juga small cap yang menawarkan kalau kita boleh katakan potensi pertumbuhan yang lebih tinggi.
03:46Jadi kenaikan pada hari ini bukan saja lebih meluas tetapi juga menunjukkan peningkatan selera dalam kalangan selera risiko dalam kalangan
03:57pelabur.
03:58So pada masa yang sama kalau kita tengok peralihan dari keadaan big cap kepada small cap dan mid cap
04:05dia turut disokong oleh kekuatan domestik.
04:08Kita tengok sektor penggunaan, perkhidmatan dan juga sebahagian pembinaan menjadi peneraju dan mencerminkan permintaan dalam negara yang masih kukuh.
04:18So ini yang memberi asas yang lebih stabil kepada kenaikan pasaran tempatan berbanding dengan keadaan yang kita katakan bergantung kepada
04:27faktor luaran.
04:27So dari sudut aliran rada pula kita juga melihat kemasukan semula pada bulan April pelabur asing walaupun masih bersifat selektif.
04:36So keadaan ini dia menandakan Malaysia kembali berada dalam radar pelabur global.
04:42Tetapi aliran ini kalau kita boleh tengok ianya belum cukup kuat untuk dianggap sebagai trend jangka masa panjang.
04:49So ini masih bergantung kepada keadaan kestabilan global khususnya hala tuju keadaan faedah dan juga pegangkan dolar Amerika Syarikat.
04:57So dari sudut persoalan Nina tadi kemampanan terdapat beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian sebab rotation ke arah mid
05:07cap dan juga small cap biasanya berlaku dalam fasa awal atau pertengahan pemulihan.
05:11Tapi ia juga boleh menjadi lebih volatile jika sentimen global tiba-tiba berubah ataupun berlaku kejutan makro seperti data inflasi
05:22ataupun data PCE meningkat di Amerika Syarikat.
05:26Segmen mid cap dan small cap ini lazimnya dia akan mengalami pembetulan yang lebih cepat.
05:31So secara keseluruhan saya boleh katakan Malaysia sememangnya buat masa ini dia berada dalam fasa risk on yang lebih jelas
05:38dengan penyertaan pasaran yang meluas dan ini adalah satu perkembangan positif dari sudut teknikal dan juga sentimen.
05:46Tapi kita perlu memastikan ataupun kita untuk katakan ianya telah mampan ia memerlukan sokongan berterusan daripada asas domestik serta kestabilan
05:57persikapan global.
05:59Dengan penyertaan pasaran yang semakin meluas dan peralihan ke segmen lebih berisiko, apakah yang pelabur perlu diperhatikan pada masa fasa
06:07ini?
06:09Okey kalau kita tengok keadaan sekarang, fokus utama pelabur perlu beralih daripada sekadar mengejar momentum kepada menilai kualiti kenaikan yang
06:21berlaku di pasaran.
06:22Walaupun kita lihat pengukuhan dalam mid cap dan small cap yang mencerminkan persekitaran risk on, tidak semua saham dalam segmen
06:29mid cap dan small cap ini mempunyai asas yang kukuh.
06:32Perkara utama yang perlu dilihat ataupun diadusi oleh, diperhatikan oleh pelabur adalah kualiti pendapatan.
06:40Sebab kalau kita tengok dalam persekitaran kadar faedah yang masih tinggi di Amerika Syarikat ataupun di global,
06:44di bank-bank global yang tempat bank yang utama ini, kos kita akan lihat ianya masih meningkat dan syarikat mempunyai
06:55aliran tunai yang stabil dan juga margin yang terpelihara akan lebih berdaya tahan.
07:03So pelabur perlu selektif bukan sekadar dia mengambil pendedahan kepada segmen yang sedang panas ataupun sedang hot.
07:09So yang kedua kalau kita tengok sensitiviti kepada faktor luaran buat masa ini masih tinggi.
07:15Walaupun pasaran tempatan kalau kita tengok dia disokong oleh permintaan domestik tapi sentimen global dia masih menjadi pemacu utama ke
07:23arah aliran dana.
07:24So sebarang perubahan dalam jangkaan kadar faedah global atau pergerakan US dollar dia boleh beri kesan pantas kepada aliran masuk
07:34dan keluar dana asing.
07:35Yang ketiga tahap penilaian juga perlu diberi perhatian.
07:39Dalam fasa risk on ini kita sering melihat penilaian meningkat lebih cepat daripada asas ataupun fundamental data.
07:47Ini meningkatkan risiko pembetulan sekiranya pertumbuhan pendapatan tak seiring dengan jangkaan pasaran.
07:54So buat masa ini peluang kalau kita tengok memang wujud tapi ianya datang bersama risiko yang juga meningkat.
08:00Jadi pendekatan yang terbaik adalah kekas selektif, fokus kepada asas dan tidak terlalu bergantung kepada momentum semata-mata.
08:10Dan Sidiq melihat kepada perkembangan di selat humus, jauh mana harga minyak yang tinggi boleh mengubah naratif ini?
08:16Okey kalau kita tengok keadaan di Asia Barat di selat humus, harga minyak memang menjadi faktor risiko yang sangat penting
08:26kepada pasaran.
08:27Kita dah melaluinya selama lebih daripada dua bulan setengah.
08:31So apabila harga kekal melebihi para seratus dolar setong, ini memberi tekanan kepada inflasi global yang juga kos pengeluaran syarikat.
08:41Satu yang lebih kritikal untuk setelah kita memasuki bulan yang kedua ini ialah kesan gelombang kedua iaitu kos tenaga yang
08:51tinggi boleh menular kepada harga barangan dan juga perkhidmatan lain.
08:55So ini yang menyebabkan inflasi kekal tinggi lebih lama daripada jangkaan pasaran.
09:01So untuk keadaan inflasi itu saya melihat suku kedua dan ketiga kebanyakan bank pusat di kebanyakan negara akan mengekalkan kadar
09:11faedah.
09:12So untuk Malaysia keadaan masih terkawal tapi di pasaran global khususnya di Amerika Syarikat ini akan memberi tekanan kepada pasaran
09:20equity dari dua sudut.
09:22Kalau kita tengok sudut yang pertama kadar diskaun yang lebih tinggi, yang kedua majin keuntungan syarikat yang terjejas akibat kos
09:30yang meningkat.
09:31Dan sebagai penutup adakah ini peluang yang perlu direbut ataupun risiko yang perlu dielakkan?
09:39Okey kalau kita tengok keadaan sekarang saya boleh katakan ataupun klasifikasikan sebagai peluang yang perlu didikati dengan disiplin.
09:49Tapi bukan sebagai euforia ataupun FOMO.
09:54Sebab pasaran jelas berada pada paras dalam fasa risk on dengan pengukuhan yang lebih meluas termasuk dalam mid cap dan
10:01juga smoke cap.
10:02So ini membuka ruang kepada pulangan jangka masa pendek yang menarik.
10:07Namun sebagai pelabur mereka perlu faham bahawa kenaikan ini berlaku dalam persekitaran makro yang masih tidak sekata.
10:15Pertumbuhan global sederhana inflasi masih menjadi risiko dan hala tujuh dasar monitari kalau kita dilihat belum benar-benar jelas.
10:24So ini bermakna sebarang perubahan sentimen dia boleh berlaku dengan cepat.
10:28So mesej yang saya boleh katakan kat sini adalah bukan masa untuk berada di luar pasaran tetapi juga bukan masa
10:35untuk mengambil risiko secara berlebihan.
10:37Sebab pelabur perlu kekal dalam pasaran tapi dengan pendekatan yang lebih selektif dan juga berasaskan fundamental.
10:44So fokus kepada syarikat berkualiti, pendapatan yang mampan dan juga sektor yang mempunyai sokongan domestik yang kukuh.
10:52So dalam persekitaran ini apa yang pelabur perlu buat adalah pengurusan risiko sebagai kunci strategi.
10:59So pulangan kalau kita tengok dia boleh dicapai tapi pelindungan modal perlu diutamakan.
11:07Kesimpulannya pasaran ketika ini seperti yang saya kongsikan bukan sekadar soal momentum tetapi soal ketahanan.
11:13Walaupun sentimen global kekal positif dan aliran dana kembali masuk asas ekonomi masih berdepan risiko daripada harga minyak yang tinggi,
11:21tekanan inflasi hinggalah ketidaktentuan dasar monetary global.
11:25Jadi ini bukan masa untuk terlalu optimistik tetapi masa untuk lebih berdisiplin kerana dalam pasaran seperti ini bukan siapa yang
11:30paling pantas mengejar peluang tetapi siapa yang paling bijak mengurus risiko yang akan kekal bertahan.
11:35Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Bermad Sidi Jantan atas analisis yang dikongsikan.
11:39So tentu setiap pencai ini akan kami rangkumkan dalam astroone.com dan di semua platform digital Astro One.
Comments