Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Nasib pendakwah terkenal, Ebit Lew atau Ebit Irawan Ibrahim, akan diketahui hari ini apabila Mahkamah Majistret Tenom menyampaikan keputusan akhir terhadap 11 pertuduhan melibatkan gangguan seksual. Prosiding keputusan dijadualkan bermula jam 4.30 petang selepas perbicaraan yang berlangsung sejak September 2022 dengan 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.
Transcript
00:00Nasib pendakwah terkenal Abid Irawan Ibrahim Liu atau lebih dikenali sebagai Abid Liu berhubung 11 pertuduhan melibatkan gangguan seksual akan
00:09diketahui pada hari ini di Mahkamah Magistret Tenom Sabah.
00:13Memetik laporan Sinar Harian, prosiden keputusan di jadual bermula pada 4.30 petang dan perkara itu telah disahkan pasukan peguam
00:21pembelaan serta pihak pendakwaan.
00:24Abid Liu 41 tahun dibicarakan di hadapan Magistret Nur Ashraf Zulhani sejak September 2022 dengan seramai 18 saksi pendakwaan telah
00:34dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung.
00:39Dalam kes itu, Abid Liu berdepan 11 pertuduhan kerana didakwa membuat penghantaran gambar serta perkataan lucah yang bersifat mengaibkan kehormatan
00:49mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
00:57Selain itu, pendakwaan kes dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Nur Azizah Mohamad, Zahidah Zakaria dan Analia Kamaruddin.
01:07Abid Liu diwakili barisan peguam bela diketuai Dato' Ram Singh bersama Kamaruddin Mohamad Cingki, Timothy Daud, Mohamad Syarul Nizam Saleh,
01:17Keruak dan Prem Elmer Ganasan.
Comments

Recommended