Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Seorang pegawai tentera akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh serta memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga mengakibatkan kematian seorang penumpang e‑hailing warga Bangladesh dan mencederakan dua individu lain dalam kemalangan di Lebuhraya MEX pada 23 April lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pegawai tentera akan didakwa di Mahkamah Session Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh serta memandu di bawah pengaruh
00:09alkohol hingga menyebabkan kematian dan kecederaan dalam satu kemalangan jalan raya pada Khamis lalu.
00:14Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisional Mohd Zamzuri Mohd Isa, kertas siasatan kes berkenaan telah
00:24dirujuk kepada Ketua Bagian Pendawaan Jabatan Peguam Negara di Petrajaya semalam.
00:30Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian seorang penumpang lelaki perkhidmatan e-hailing.
00:38Katanya dua pertuduhan turut dikenakan mengikut Seksyen 44-1A-B Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan kandungan alkohol melebihi
00:49had dibenarkan sehingga menyebabkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang e-hailing.
00:54Pertuduhan tersebut akan didengar di Mahkamah Trafik.
00:5723 April lalu, satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna perkhidmatan e-hailing dan sebuah kereta pada jam 5.38
01:05pagi di kilometer 1.9 Leboraya Max dari arah Salak Selatan menghala ke Jalan Tun Razak.
01:12Siasatan mendapati pegawai tentera yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol telah memasuki laluan pertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang
01:21dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun yang ketika itu membawa dua penumpang dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.
01:29Impak pelanggaran tersebut, seorang penumpang e-hailing warga Bangladesh berusia 22 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di
01:38kepala.
01:39Manakala seorang lagi penumpang wanita warga negara sama berusia 20 tahun serta pemandu e-hailing turut alami kecederaan.
01:46Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended