Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Peperangan berterusan menjejaskan ekonomi harian Lubnan dengan kerugian besar setiap hari. Komuniti perniagaan menuntut kestabilan, sementara gencatan senjata dilaporkan terus dicabuli melalui serangan rentas sempadan.
Transcript
00:00Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Lubnan, Mohd Syukair, mendedahkan impak ke atas ekonomi harian akibat peperangan menentang Israel, merangkumi kerugian langsung dan
00:11tidak langsung.
00:12Antara lain katanya ia dianggarkan mencecah antara RM150 juta hingga RM160 juta Amerika.
00:20Tokoh politik itu menarik perhatian bahawa komuniti perniagaan kini amat mengharapkan kestabilan situasi dan menyatakan sokongan terhadap usaha pihak berkuasa
00:30untuk menamatkan konflik dengan Israel.
00:33Beliau turut menekankan bahawa negara itu memerlukan pembangunan semula dan kemajuan selepas melalui tempoh ketegangan yang panjang.
00:40Kecatan senjata antara Lubnan dan Israel telah berkuatkuasa secara rasmi sejak 16 April bagaimanapun pihak Israel terus melancarkan serangan harian
00:52ke atas kawasan di selatan Lubnan.
00:54Sebagai tindak balas, pergerakan Hezbollah-Lubnan yang disokong Iran menyatakan ia membalas pelanggaran perjanjian itu dengan menyerang sasaran ketenteraan Israel
01:04di sempadan dan menyifatkan tindakannya sebagai langkah pertahanan.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended