Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Israel dilaporkan memintas Global Sumud Flotilla di Mediterranean berhampiran Pulau Crete. Aktivis mendakwa gangguan komunikasi dan ugutan senjata, namun wartawan bebas mengesahkan tiada kapal dinaiki setakat ini.
Transcript
00:00Israel dilaporkan mendekati beberapa kapal Global Sumut Flotilla berhampiran barat pulau Kred di Greece pada Rabu.
00:08Menurut kenyataan dimuat naik di akaun rasmi Global Sumut Flotilla di platform X,
00:13bot Flotilla itu didekati oleh kapal laju tentera Israel yang memperkenalkan diri sebagai Israel
00:19sambil menyuluh laser dan mengacukan senjata api separa automatik.
00:25Kenyataan itu mendakwa peserta diarahkan berkumpul di hadapan bot dan berlutut dengan tangan di atas kepala
00:32selain mendakwa sistem komunikasi bot diganggu sehingga satu isyarat SOS dikeluarkan.
00:39Flotilla itu turut memaklumkan bahawa Angkatan Tentera Laut Israel menghubungi mereka melalui kapal Greenpeace Arctic Sunrise
00:47pada jam 9.43 waktu tempatan.
00:50Menurut video yang dikongsikan oleh salah seorang peserta GSF di platform X,
00:55pihak Israel memberi amaran bahawa cubaan menembusi sekatan maritim Gaza merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
01:03Bagaimanapun, tiada pemintasan atau rampasan rasmi disahkan setakat ini.
01:09Wartawan bebas dari New York, Alex Colston yang mengikuti misi tersebut berkata,
01:13insiden ini sama dengan misi yang sebelumnya di mana Tentera Laut Israel telah mendekati Flotilla
01:19namun tidak menaiki kapal-kapal Flotilla.
01:22Setakat ini, pihak berkuasa Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi lanjut
01:26berhubung dawaan gangguan komunikasi atau tindakan ketenteraan tersebut.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended