Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Jumlah mangsa kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan yang berlindung di pusat pemindahan sementara dilaporkan menurun pada Selasa. Data Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan seramai 983 mangsa daripada 284 keluarga masih ditempatkan di lapan PPS, selepas kebakaran memusnahkan kira-kira 1,000 rumah di perkampungan atas air berkenaan.
Transcript
00:00Jumlah mangsa kebakaran besar di Kampung Bahagia Sandakan yang berlindung di 8 buah pusat pemindahan sementara PPS dilaporkan menurun pada
00:09selasa.
00:09Menurut data dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM di laman rasminya menunjukkan,
00:15angka terkini mangsa yang masih berlindung di 8 PPS adalah seramai 983 mangsa daripada 284 buah keluarga.
00:25Jelas JKM, 8 buah PPS yang masih dibuka itu melibatkan PPS Dewan PPR Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan Gas, Dewan
00:36SK Kampung Bahagia Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi,
00:40Dewan Sibuga, SK Karamunting, Dewan Rumah Warga Tuan Seri Harapan dan Gelanggang Futsal Simsim.
00:47Astro Awani sebelum ini melaporkan bahawa sebanyak 1,912 mangsa daripada 385 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung
00:59Bahagia Sandakan ditempatkan di 8 pusat pemindahan sementara PPS.
01:04Hampir kesemua penduduk di penempatan rumah atas air itu terpaksa berpindah selepas kebakaran besar di perkampungan atas air tersebut memusnahkan
01:14kira-kira seribu rumah dan ia melibatkan kawasan seluas lebih 4 hektare.
Comments

Recommended