Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kemajuan naik taraf fasiliti Sukan SEA 2027 di Sarawak hampir 60 peratus, dengan sasaran siap sepenuhnya pertengahan 2027 bagi memastikan persiapan rapi dan kelancaran penganjuran temasya bertaraf antarabangsa.
Transcript
00:00Sementara itu, kerja-kerja penaik tarafan fasiliti sukan di Sarawak bagi penganjuran sukan C-2027 berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
00:10Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari berkata hasil lawatan ke beberapa venue utama termasuk Stadium Sarawak, Pusat Akuatik
00:18Pandalela Rinong dan Stadium Perpaduan mendapati kemajuan projek adalah memberangsangkan dengan mencatatkan kemajuan keseluruhan hampir 60% siap.
00:30Hari ini kita lihat banyak pekerja-pekerja ataupun proses itu berlaku dengan begitu cepat sekali.
00:39Dan saya juga difahamkan penambahan pekerja itu agak masif, maksudnya secepat perkara itu sebab anggaran untuk Stadium Sarawak adalah akan
00:50diserahkan bulan Januari 2027
00:53dan kita anggarkan bahawa pada bulan Mei atau Jun 2027 telah pun selesai semua kerja-kerja penambahbaikan, penaik taraf fasiliti
01:03sukan di Sarawak ini.
01:05Supaya kita ada masa lebih kurang 3 ke 4 bulan sebelum SEA Games bermula pada bulan September 2027 dan kita
01:14nak pastikan tidak ada apa-apa kekurangan dan adanya kelancaran dalam semua acara-acara di SEA Games 2027.
01:24Beliau turut memuji komitmen kerajaan Sarawak yang memperuntukkan sekitar RM630 juta merangkumi kos penganjuran serta naik taraf fasiliti sukan.
01:34Katanya pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan tiada kelewatan yang boleh menjejaskan kelancaran termasya.
01:42Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Stadium Sarawak Pusat Akuatik Pandalela Reno dan Stadium Perpaduan di Kompleks Sukan
01:49Sarawak pada Selasa.
01:51Sarawak bakal menjadi tumpuan sukan SEA bagi majlis perasmian serta venue untuk 17 daripada keseluruhan 38 acara sukan SEA 2027.
Comments

Recommended