00:00Minyak masih menunjukkan pergerakan tetapi volatiliti yang semakin mereda.
00:07Dalam tempoh 20 hingga 24 April 2026, harga purata minyak mentah brand Sport di pasaran global secara amnya
00:17telah berkurang sebanyak 6.7% kepada USD 109.94 setong berbanding USD 117.84 setong pada minggu sebelumnya.
00:33Namun, perbandingan antara harga minyak mentah brand Sport pada paras awal dan akhir minggu lepas menunjukkan peningkatan sebanyak 6.5%.
00:46Harga minyak mentah brand Sport berada pada paras USD 106.02 setong pada hari Isnin semasa pasaran dibuka
00:56dan telah meningkat ke paras USD 112.92 setong semasa pasaran ditutup pada hari Jumaat 24 April 2026.
01:07Manakala harga semasa brand Sport semalam 27 April yang ditutup pada paras USD 113.34 setong adalah lebih tinggi berbanding
01:21harga pada Jumaat lepas.
01:22Trend pergerakan harga ini menunjukkan krisis bekalan global masih nyata dan boleh memberi kesan kepada minyak, gas, petrokimia, baja,
01:34bahan pembukusan makanan, peranti perubatan dan bahan binaan.
01:38Oleh itu, pemantauan rapi akan terus dilaksanakan bagi membolehkan langkah mitigasi awal diambil secara proaktif
01:49dalam menangani potensi implikasi terhadap kos tenaga dan juga tekanan inflasi sekiranya trend peningkatan ini berlanjutan.
Comments