00:00Kekuatan sebenar ekonomi mesti dilihat pada kemampuan rakyat mengurus belanja harian, perniagaan mengekalkan operasi, pekerja mengekalkan pekerjaan dan industri terus
00:15mendapat bekalan input yang diperlukan.
00:18Dari segi kos hari hidup, harga makanan terpilih masih berada dalam julat terkawal tetapi juga ada tanda tekanan input mula
00:28kelihatan.
00:28Untuk tempoh 20 hingga 22 April, harga bahan makanan terpilih masih dalam tren pergerakan terkawal dengan perubahan harga kurang daripada
00:3910%.
00:40Harga purata ayam standar meningkat 3.3% kepada RM9.70 per kilogram.
00:47Telur ayam grade C meningkat 7.3% kepada RM3.93 bagi 10 biji, manakala daging lembu menurun 3.8
00:59% kepada RM35.92 per kilogram.
01:03Bagi makanan laut, ikan kembung menurun 1.1% kepada RM16.10 per kilogram, manakala ikan cencaru dan udang putih
01:14masing-masing meningkat 0.95% kepada RM10.36 per kilogram
01:21dan 0.61% kepada RM32.03 per kilogram.
01:27Dalam kategori sayur-sayuran pula, sawi meningkat daripada RM6.16 per kilogram kepada RM6.51 per kilogram.
01:39Bayam hijau meningkat hampir 5% kepada RM5.59 per kilogram.
01:45dan santan kelapa segar meningkat 3.6% kepada RM16.41 per kilogram.
01:54Trend ini menunjukkan bahawa tekanan kos input dan logistik mula memberi isyarat awal mengenai rantaian bekalan makanan domestik.
02:04Sebab itu, pemantauan tidak boleh hanya dibuat di peringkat harga runcit,
02:09tetapi mesti bermula dari peringkat huluan iaitu baja, diesel, tenaga, bahan mentah, pengeluaran, pengangkutan dan juga pengedaran.
02:21Kerajaan juga akan meneruskan pemantauan dan intervensi yang bersesuaian bagi mengurangkan kesan kepada pengguna
02:30serta mengekalkan kestabilan harga.
Comments