00:00Malaysia sekali lagi terpilih menjadi antara negara terawal di dunia yang berjaya mengagihkan kad nusuk sepenuhnya kepada para jemaah haji
00:09di dalam negara sendiri bagi musim haji 2026.
00:13Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Mustaqim Muhammad berkata, projek ini adalah hasil kerjasama erat tiga
00:23penjuru di antara Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Tabung Haji dan syarikat Holiday Inn Bakah iaitu sebuah syarikat pengendali
00:32jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.
00:35Katanya kejayaan ini adalah bukti kerjasama akrab di antara dua negara dalam usaha berterusan untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada
00:45jemaah haji.
00:46Kad nusuk yang berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri jemaah haji ini mengandungi pelbagai maklumat kopehensif berkenaan data penting jemaah
00:55dan turut berfungsi sebagai permit kebenaran bagi membolehkan jemaah memasuki kawasan Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Arafah, Mustalifah dan Mina.
01:05Mustaqim turut mengingatkan semua jemaah untuk menjaga kad pengenalan diri dan kad nusuk yang dibekalkan dengan sebaiknya kerana kawalan keselamatan
01:15akan dipertingkatkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi terutamanya di laluan masuk kawasan-kawasan meninaikan ibadah haji.
Comments